Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indeks Sektor Perkhidmatan US Capai Paras Tertinggi 12-Tahun Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indeks Sektor Perkhidmatan US Capai Paras Tertinggi 12-Tahun Lalu

Sektor perkhidmatan Amerika Syarikat berkembang secara signifikan pada September di mana bacaan mencapai paras tertinggi sejak Ogos 2005 yang juga melebihi jangkaan pasaran.

ISM PMI non-manufacturing (Indeks sektor perkhidmatan Amerika Syarikat) meningkat ke paras 59.8 pada September dari bacaan sebelum ini 55.3 dan jangkaan 55.5.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya apabila bacaan di bawah 50.

“Sektor perkhidmatan Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada September walaupun dengan impak bencana ribut taufan di Florida dan Texas,” kata Anthony Nieves, pengerusi Institute of Supply Management (ISM) yang mengeluarkan data ini.

Ada beberapa komponen yang dikira dalam indeks PMI sektor perkhidmatan Amerika Syarikat ini, antaranya ialah indeks perniagaan yang meningkat kepada 61.3 berbanding 57.5 pada Ogos.

Indeks tempahan baru pula merekod kenaikan sehingga 63 pada September, enam mata lebih daripada bacaan sebelum ini 57.1 pada Ogos.

Indeks pekerjaan pula meningkat kepada 56.8 bulan lalu dari bacaan 56.2 pada Ogos. Manakala indeks harga melonjak kepada 66.3 berbanding 57.9.

Data positif ini telah menyokong kenaikan US dolar selepas data dikeluarkan pukul 10 malam tadi. USDJPY ketika ini naik sehingga 60 pip sejak lima jam lepas sehingga setakat ini pukul 11.40 pm.

The post Indeks Sektor Perkhidmatan US Capai Paras Tertinggi 12-Tahun Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fJT8oT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.