Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Ada Jemaah Yang Cuai Tidak Menutup Rapat Pintu Masjid, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Ada Jemaah Yang Cuai Tidak Menutup Rapat Pintu Masjid, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat..


IPOH –Kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu hanya disedari oleh siak Masjid Al-Ansar apabila pintu belakang masjid berkenaan tidak ditutup rapat seperti biasa, selain kesan tapak kaki binatang najis mughallazah berkenaan.

“Saya percaya kumpulan anjing ini berjaya masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak semua pintu biasanya ditutup.


“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup rapat pintu,” kata Muhammad Radzi Yaakub seperti yang dipetik Sinar Harian.

Tambahnya, anjing tersebut dipercayai datang dari kawasan pembinaan yang berhampiran dan ia merupakan kejadian pertama kali sejak masjid itu dirasmikan pada 2015 lalu.

Sementara itu pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata pihaknya telah merujuk perkara tersebut kepada pihak Timbalan Mufti Perak khususnya mengenai soal pembersihan masjid.

Katanya, berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dilakukan dengan kaedah biasa.


“Kami rujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

“Jadi kami bersihkannya menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya. –PENMERAHPRESS


Sumber : Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ypnQz2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.