Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kasihan Sharul, RM1,000 Lesap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kasihan Sharul, RM1,000 Lesap

Sikap cuai membawa padah! Itulah yang dialami oleh bekas finalis Akademi Fantasia (AF 2015) iaitu Sharul apabila dia tertinggal beg duit di atas meja makan sebuah restoran menyebabkan wang tunainya sebanyak lebih RM1,000 lesap.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 21, berkata, kejadian itu berlaku selepas dia menikmati makan malam di sebuah kedai makan di Port Dickson, Negeri Sembilan, malam Selasa lalu.

"Semalam saya melepak di kedai makan rakan saya di Port Dickson, selepas itu saya tertinggal beg duit di atas meja dan terus menuju ke kereta. Namun tidak lebih 10 minit saya patah balik untuk ambik beg duit itu tapi sudah tiada.

"Geram betul saya rasa sebabnya, saya baru sahaja dapat duit itu. Walaupun jumlah tidak banyak tapi bagi saya bukan senang nak cari RM1,000," ujarnya .

Sharul berkata, sebagai pelanggan tetap di restoran berkenaan, dia kesal dengan sikap pekerja kedai makan berkenaan yang tidak amanah.

Bagaimanapun, dia reda dan percaya setiap perkara berlaku itu ada hikmah tersendiri.

"Saya pelanggan tetap di restoran itu dan kebanyakan pekerja restoran berkenaan mengenali saya.  Tapi itulah, sudah tiada rezeki nak buat macam mana, mungkin ada rezeki lain nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharul berkata, dia baharu sahaja pulang daripada menjalani penggambaran sebuah program pelancongan selama sebulan di Eropah.

"Saya baru balik dua hari selesai penggambaran untuk program Travelog Backpaker di lapan buah negara di Eropah selama sebulan.

"Itu yang saya keluarkan duit untuk bayar bil-bil bulan lepas," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharul berkata, dia kini sibuk mempromosi single terbaharunya berjudul Racun Rindu.



Sumber Kasihan Sharul, RM1,000 Lesap

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfZAz5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.