Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan
Ifa, 43, berkata, dia mahu memberi peluang kepada artis dangdut lain untuk memikul tanggungjawab tersebut.
"Saya sudah memikul tanggungjawab sebagai presiden untuk penggal ini dan pada pemilihan tahun depan saya mahu orang lain pula yang dapat.
"Kalau boleh biarlah semua dapat rasa dan terajui persatuan ini sehingga ke tahap yang tinggi," ujarnya.
Ifa ditemui pada sidang media Konsert Dangdut Megastar 2017 yang diadakan di Biro Pelancongan Kuala Kumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ifa berkata, konsert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober ini di Panggung Anniversari ini adalah pencapaian tertinggi untuk artis-artis dangdut negara ini.
Katanya, konsert berkenaan adalah usaha dan kerja kerasnya bersama ahli persatuan yang dilakukan selepas lebih setahun menerajui persatuan itu.
"Alhamdulillah, selepas beberapa kali surat dan kerja keras kami memperjuangkan nasib artis dangdut akhirnya dipandang juga.
"Ini merupakan konsert terbesar untuk genre dangdut kerana sebelum ini belum ada lagi konsert untuk penyanyi-penyanyi dangdut menunjukkan kebolehan mereka," ujarnya.
Tambah Ifa, konsert tersebut juga bakal mengangkat martabat penyanyi dangdut sama dengan penyanyi-penyanyi lain di negara ini.
Selain Ifa, konsert yang diadakan secara percuma itu bakal menampilkan penyanyi popular seperti Amelina, Salwa Abdul Rahman, Roger Kajol, Fitri Hiswady dan Elda Susanti.
Sumber Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kmGxwQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment