Penjawat Awam Wajib Undi Kerajaan? Tidak Wajib, Kerana…
FEATURED
Sebelum kita jawab, kita kena kaji dulu mengapa pemimpin UMNO berkata pegawai kerajaan wajib undi kerajaan. Malah ada sesetengahnya menakutkan kakitangan kerajaan dengan mengatakan undi mereka bukan rahsia dan akan diketahui oleh kerajaan.
Ini jawapannya:
Dalam tahun 2008, rejim Pak Lah kalah teruk di dalam pilihanraya Malaysia ke 12. Ini kerana reputasi UMNO dan Barisan Nasional jatuh menjunam akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu (kos sara hidup dan harga minyak melambung tinggi, tanggapan umum kerajaan Pak Lah yang penuh korupsi di kalangan anak beranak dan kroninya, serta kelemahan pemerintahan Pak Lah yang dikatakan sering tidur dan memalukan rakyat).
Dalam tahun 2013, Najib Razak mengetahui jika dia berkempen di atas nama UMNO dan Barisan Nasional, dia akan mendapat keputusan yang lebih teruk lagi di dalam pilihanraya ke 13.
Maka, wujudlah kempen ‘I LOVE PM’, IM4U, ‘Najib is cool’ dan sebagainya. Ini adalah untuk mengetengahkan dirinya sebagai calon PM, dan menenggelamkan nama UMNO dan Barisan Nasional. Langkah ini diambil untuk memberi sedikit ‘diversion‘ kepada rakyat agar mengundi Najib. Dengan cara ini, mudah-mudahan rakyat yang mengundi tidak akan membenci logo dacing apabila memangkah di hari undi nanti.
Najib bernasib baik kerana walaupun prestasi Barisan Nasional di PRU13 lebih buruk dari PRU12, dia masih dapat mengekalkan diri untuk menubuhkan kerajaan. Kalah undi popular tidak menjadi hal kerana sistem demokrasi Malaysia adalah berdasarkan siapa dapat kerusi parlimen terbanyak.
Tetapi, sebusuk-busuk Pak Lah, Najib seratus kali ganda lagi busuk. Reputasinya sebagai Perdana Menteri menjunam teruk dan dia mula dikenali sebagai penyangak 1MDB apabila skandal RM2.6 billion terbongkar.
Maka pada hari ini, menjelang PRU14, Najib tidak boleh lagi menggunakan namanya untuk mendapatkan undi. Mereka juga tidak boleh menggunakan nama UMNO dan Barisan Nasional. Ingat UMNO, teringat Jamal Jamban, teringat juga Najib menyanyi dan berjoget sha la la la. Ingat Barisan Nasional, teringat GST dan kos sara hidup yang tinggi.
Oleh itu, cuma ada satu jalan saja pada Najib dan geng kleptokrasinya. Menggunakan nama ‘KERAJAAN’ sebagai ganti Najib dan juga UMNO/Barisan Nasional. Kononnya, label ‘kerajaan’ itu adalah sesuatu yang suci dan berdosa besar jika dijatuhkan.
Secara teknikalnya, istilah kerajaan tidak boleh digunakan oleh Najib menjelang pilihanraya nanti. Kerana apabila parlimen dibubarkan, UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi menjadi kerajaan.
Oleh itu, seruan Najib dan kuncu-kuncunya agar pegawai kerajaan wajib mengundi kerajaan tidak betul kerana kerajaan tidak bertanding. Yang bertanding adalah parti-parti politik yang ingin menjadi kerajaan seterusnya.
UMNO dan Najib buat semua ini untuk mengaburi mata pengundi!
Zahid Hamidi pun pernah berkata kepada pegawai kerajaan - jangan menggigit tangan yang menyuap. Ini adalah kenyataan yang dangkal. Jika kita semua ini adalah peminta sedekah dan mendapat duit dari orang yang mengeluarkan duit dari poket sendiri, maka itu tidak mengapa dan semestinya tidak elok menggigit tangan yang memberi.
Tapi duit gaji yang diterima pegawai kerajaan bukanlah datang dari duit poket Zahid atau dari poket Najib, malah ia datang dari duit cukai rakyat. Dan juga, gaji yang diterima adalah sebagai balasan perkhidmatan yang diberi. Ia adalah gaji kerana kita telah bekerja siang malam, lima hari seminggu. Memang tanggungjawab kerajaan untuk memberi gaji. Malah, jika ahli politik ingin mengancam rakyatnya sendiri supaya mengundi mereka, maka sesungguhnya ia adalah perbuatan yang salah.
Itu tidak lebih hanya tindakan untuk terus berkuasa dan bermaharajalela!
Tuan-tuan dan puan-puan kakitangan kerajaan,
Sistem demokrasi adalah indah, di mana kita rakyat Malaysia diberi peluang untuk menukar kerajaan yang lama kepada yang baru setiap 5 tahun. Itu lah kuasa yang kita ada, pada hari PRU14 nanti kita memberi kuasa kita untuk melantik parti yang kita rasa lebih elok dari UMNO/Barisan Nasional.
Ingatlah, jika kita mengagung-agungkan pencuri, maka usahlah kita sedih apabila pencuri merembat duit negara kita. Adakah kita masih lagi mahu melakukan kesilapan untuk kali ke 14?
Dan sememangnya undi kita adalah rahsia. Adalah salah di sisi undang-undang jika SPR mengetahui siapa mengundi parti mana.
Oleh itu, adalah tidak wajib bagi pegawai kerajaan untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional. Malah, kita semua berkewajipan untuk memilih parti yang lebih elok dari parti yang dipimpin Najib!
Najib dan pemimpin UMNO ini manusia biasa saja. Mereka bukanlah dewa dari kayangan yang perlu menjadi pemimpin kepada umat manusia sampai kiamat. Malah, kita sebenarnya yang patut ditakuti oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Mengapa?
Bayangkan, kita sebagai pengundi yang memilih manusia biasa seperti Najib dan yang lain lain hingga membolehkan mereka mendapat layanan seperti raja, tetapi apabila kita berjumpa mereka, ada antara kita yang mencium tangan mereka ini sampai hendak terkeluar hingus. Bibir muncung tiga inci panjangnya. Begitu hinanya cara mereka meminta ‘respect‘ dari para pengundi yang menaikkan mereka menjadi wakil rakyat. Kita yang undi mereka, kita yang kena terbongkok-bongkok cium tangan? Kemudian, di belakang kita, mereka rembat harta rakyat. Boleh kah macam tu?
Tuan-tuan dan puan-puan,
Jika kita tidak sedar kuasa yang ada pada tangan kita, maka kita akan sentiasa diperkotak-katikkan oleh golongan kleptokrasi ini. Kita akan sentiasa disogokkan dengan beberapa helaian duit kertas RM50 walhal mereka bermewah dengan berguni duit negara yang dicuri. Kita akan sentiasa dibuai oleh slogan dan janji manis yang tidak bermakna hanya semata-mata - ‘mengundi kerajaan UMNO dan BN adalah wajib!’
Jangan takut untuk TIDAK mengundi ‘kerajaan’ UMNO dan BN. Mereka tidak ada hak untuk menakut-nakutkan anda. Malah, merekalah yang patut takut pada anda semua kerana tanpa anda mengundi mereka, mereka tidak dapat lagi hidup bermewah, menaiki kenderaan diiring polis, dan para rakyat marhaen mencium tangan mereka setiap hari.
Sekian terima kasih.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwPeGE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment