Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady

KUALA LUMPUR: Berita pemergian Allahyarham Datuk Maznah Hamid yang mengehembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), di sini pada sekitar jam 6 petang tadi mengejutkan ramai pihak.

Datuk Maznah atau digelar Iron Lady sememangnya disegani kerana jasa dan baktinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, keusahawanan, keselamatan, sosial dan politik.

Untuk itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan perasaan duka cita dan salam takziah menerusi saluran media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu petang.

"Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita & juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah."


Sementara itu, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishamuddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi akaun Twitternya.

Pemergian ‘Iron Lady’ mendapat pelbagai reaksi daripada seluruh lapisan masyarakat menerusi laman sosial Twitter.

Allahyarham Datuk Maznah Hamid  mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan pada tahun 1980 dengan hanya bermodalkan RM5,000.

Kerajinannya yang luar biasa untuk memajukan Securiforce terbukti semasa menguruskan operasi syarikat dengan turun padang untuk mengutip hutang, menjadi peronda dan pengawal keselamatan.

Selepas 37 tahun, Securiforce kini mempunyai 60 cawangan dengan lebih 4,000 anggota dan 600 kenderaan keselamatan moden.



Sumber PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fQ9orW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.