Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Anda Masih Guna SMS Pada Usianya Ke-25? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Anda Masih Guna SMS Pada Usianya Ke-25?

Adakah Anda Masih Guna SMS Pada Usianya Ke-25?

SMS kekal mencatatkan penggunaan tertinggi pada tahun ini. (Gambar:Cnet)

Generasi masa kini mungkin tidak terlalu menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang pernah menjadi satu medium komunikasi paling popular pada era 90-an dahulu.
 
Tanyalah kepada individu yang membesar pada zaman itu, semuanya pasti mempunyai kenangan menggunakan SMS ini. Malah, kehadiran telefon daripada Nokia ketika itu, menghangatkan populariti SMS.
 
Saban tahun, teknologi semakin berkembang dan kehadiran aplikasi media sosial seperti iMessage, WhatsApp, Skype, Snapchat dan Viber mula menguasai pasaran.
 
Caj yang dikatakan agak mahal berbanding media sosial dilihat seakan mematikan fungsi SMS.

SMS KEKAL POPULAR

Populariti aplikasi media sosial seperti WhatsApp menjadikan populariti SMS merudum.
Bagi anda yang pernah menggunakan SMS, tahukah SMS menyambut usianya yang 25 tahun pada tahun ini? 
 
Malah, mungkin ada yang menjangkakan SMS hanya menunggu masa untuk ditelan zaman bukan? Sangkaan anda ternyata meleset!
 
Laporan dikeluarkan Statistic Brain menunjukkan penggunaan SMS masih popular dalam kalangan penduduk di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat.
 
Menurut laporan terbabit, jumlah SMS yang dihantar setiap bulan mencecah 781 juta pada tahun ini jika dibandingkan dengan 634 juta pada tahun 2016.
 
Jumlah ini amat tinggi jika dibandingkan dengan SMS yang dihantar pada tahun 2008 iaitu hanya sekadar 75 juta. Jumlah paling sedikit adalah pada tahun 2009 iaitu sebanyak 161 juta sebulan.

SIAPA PALING POPULAR?

Menurut laporan Phonearena, khidmat SMS dicipta oleh Vodafone UK pada tahun 1992 dan mula digunakan secara meluas pada 1994. Tahun terbabit juga merupakan tahun paling popular buat SMS kerana ia digunakan hampir seluruh dunia.
 
Bermula dengan penggunaan teks, SMS kemudian berkembang maju sehingga boleh menghantar kandungan imej digital, video, bunyi dan ideogram (emoji) menerusi ‘multimedia messages’ (MMS).

Persoalannya, adakah masih ramai mengunakan SMS di Malaysia?
 
Pada anda yang tertanya-tanya apakah media sosial paling popular, ini kedudukan mereka yang dicatatkan sehingga Ogos lalu:

  1. Facebook (2 bilion pengguna)
  2. Youtube (1.5 bilion pengguna)
  3. WhatsApp (1.2 bilion pengguna)
  4. Facebook Messenger (1.2 bilion pengguna)
  5. WeChat (928 juta pengguna)
  6. QQ (861 juta pengguna)
  7. Instagram (700 juta pengguna)
  8. QZone (638 juta pengguna)
  9. Tumblr (357 juta pengguna)
  10. Twitter (328 juta pengguna)


Sumber Adakah Anda Masih Guna SMS Pada Usianya Ke-25?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yhBLCx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.