Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dr Fadzillah Kamsah seram lihat saya” – Hilang berat 12kg, suara hilang setiap pagi, Syura GV4 disihir? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dr Fadzillah Kamsah seram lihat saya” – Hilang berat 12kg, suara hilang setiap pagi, Syura GV4 disihir?

SEKIAN lama berdiam diri, Syura Badron mengakui mengalami sakit misteri sehingga menganggu fokus utamanya dalam persembahan di konsert Gegar Vaganza 4 (GV4).

Menurutnya, keadaan itu mula menimpanya sewaktu merakam lagu di Indonesia, sejak September lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia menjadi semakin memburuk selepas menyertai GV4.

"Dr Fadzillah Kamsah seram lihat saya" - Hilang berat 12kg, suara hilang setiap pagi, Syura GV4 disihir?

“Dr Fadzillah Kamsah seram lihat saya” – Hilang berat 12kg, suara hilang setiap pagi, Syura GV4 disihir?

“Bayangkan, saya hilang berat badan hingga 12 kilogram (kg) secara tiba-tiba, sedangkan saya makan seperti biasa.

“Saya juga kerap mengalami migrain, kebas badan di sebelah kiri malah suara saya juga ‘hilang’ setiap pagi,” katanya.

Biarpun enggan mengambil peduli, pelantun lagu Bakawali ini mengakui resah apabila ramai orang terdekat menegur termasuklah penceramah bebas, Datuk Fadzillah Kamsah yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

“Saya sebenarnya tak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan dia, beberapa minggu lalu.

“Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, senggugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya,” katanya.

Susulan itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berhasrat untuk mendapatkan rawatan pakar secepat mungkin.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya walaupun mengalami migrain menjelang hari konsert.

“Lagipun, semua peserta yang ada hebat-hebat belaka.

“Insya-ALLAH, saya merancang untuk pergi berubat, selepas ini,” katanya.

Syura tersingkir daripada GV4 di malam separuh akhir selepas mendapat markah terendah sekali gus terlepas peluang berentap di pentas akhir minggu hadapan.

 Sumber: Sinar

 



Sumber “Dr Fadzillah Kamsah seram lihat saya” – Hilang berat 12kg, suara hilang setiap pagi, Syura GV4 disihir?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2Kn3w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.