Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baitulmaqdis: PM Bawa Harapan Umat Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baitulmaqdis: PM Bawa Harapan Umat Islam


KUALA TERENGGANU: PAS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki, dapat menyampaikan mesej negara dan mencapai resolusi bagi menyelesaikan isu Baitulmaqdis.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata rakyat Malaysia juga berharap sidang kemuncak itu tidak hanya sekadar melahirkan resolusi protes, tetapi juga satu tindakan berkesan menghalang pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Kita sangat mengalu-alukan Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu kerana ini isu umat Islam. Kita mahu Perdana Menteri pergi sendiri dan menyampaikan mesej negara kita.

"Saya harap Malaysia bersama pemimpin dan umat Islam lain dapat mengambil resolusi yang proaktif.

"Malah, Malaysia juga sudah menyatakan kesediaan untuk membabitkan aspek kekuatan ketenteraan negara sekiranya perlu seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein," katanya ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata, isu Baitulmaqdis bukan sahaja menyatukan UMNO dan PAS dalam menyuarakan suara dan hak umat Islam, tetapi juga dalam kalangan bukan Islam yang peka dengan isu penindasan oleh AS terhadap umat Islam di Palestin.

"Saya difahamkan sudah ada bantahan dan himpunan bersama mengenai isu ini. Walaupun pentasnya berlainan, yang penting ialah tujuan bersama.

"Kalau negara bukan Islam seperti Perancis, Jerman dan seluruh negara Eropah protes, mengapa kalangan bukan Islam tidak mempunyai sikap macam itu," katanya.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kanan kerajaan ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu yang bermula esok.

Sidang Kemuncak Luar Biasa itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-13, berikutan pengumuman AS pada 6 Disember lalu, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Persidangan itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan membincangkan kesan berikutan pengumuman pentadbiran AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pembabitan Malaysia dalam sidang kemuncak itu mengukuhkan lagi komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapatkan hak mereka untuk sebuah negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nSbdrt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.