Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jibam : Filem Deep Yang Perlu Ditonton Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jibam : Filem Deep Yang Perlu Ditonton Ramai

Semalam suami saya mengajak, “Jom tengok Jibam? Kau wajib tengok filem ni.”

Dalam hati saya fikir, mungkin dia dah buang tabiat. Dia jarang suka cerita Melayu. Ya, Kami pernah menonton beberapa adaptasi novel ke filem atau filem tv sebelum ini. Daripada Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Hanyut, Sregenge hinggalah Tombirou. Yang memuaskan hati cuma Hanyut daripada adaptasi novel Almayer’s Folly.

Hakikatnya, kerja adaptasi tidak pernah mudah. Filem dan novel adalah dua medium yang jauh berbeza. Kita sangat takut jika Jibam menjadi seperti filem tv Sregenge yang dicedok bulat-bulat dialognya daripada novel atau Tombirou yang menjadi sangat pop sifatnya.

Saya masuk panggung bersama anak-anak dengan gemuruh. Harapan saya tinggi dan tidak mahu kecewa. Kemudian, pukauan Jibam berlaku. Jika kita fikir perlu membaca novel Jibam sebelum menonton di panggung, kita salah sama sekali. Anak-anak saya ada yang sekecil tujuh tahun pun boleh menikmati dengan ketawa yang tidak surut. Anehnya, Jibam tidak pula dibikin sebagai filem komedi.

Kebetulan saja filem ini ditangkap dengan gestur selamba para pemain dan situasi canggung hingga menimbulkan jenaka. Di satu scene, dengan suara latar Jibam menyanyi. Kamera pan masuk ke rumah Tok Ngah Sudin dan kita melihat hujung kakinya di bawah katil sambil menarik selimut sudah cukup untuk mengundang ketawa. Ya. Kita sangat merasai ketakutan Tok Ngah Sudin kepada Jibam. Inilah adaptasi yang baik. Filem bekerja dengan visual. Jika visual sudah bercerita, dialog dan ekpresi muka berlebihan sudah menjemukan.

Walaupun saya tidak berkenan cara Ibrahim Anon mempotretkan Jibam sebagai pemegang mutlak kuasa ‘poetic justice’, Buntat dengan gestur dan jelingnya sebagai Jibam masih mempersona. Jibam, catalyst hero yang statik malah dilabel gila tetapi mampu mengubah orang-orang kampung. Permainan cerita ini seperti jarum akupuntur. Begitu halus tetapi tetap mencucuk pemahaman kita tentang sosio politik luar bandar.

Hebatnya Ibrahim Anon, kita boleh mengingati semua watak. Suman yang idealistik, Kadir yang baran, Lebai Dolah sebagai jaksa pendamai, hasadnya Usin Singai, romeonya Kadir dan kasih ibu bernama Piah. Variasi watak-watak ini pula saling mengimbangi dan kita tahu mereka memang memang dekat, wujud di mana-mana kampung pun.

Saya akan mengingati filem ini. Saya akan mengikuti perkembangan pengarah Che Mie. Beliau sangatlah underrated. Kerja sinematografi yang klasik. Lokasi-lokasi filem indah dan hidup. Mengingatkan kepada perkampungan tepi sungai dengan tebing tinggi di Pahang seperti filem Hanyut. Rekabentuk produksi boleh dianggap teliti dan believable walaupun dengan bajet sederhana.

Persembahan semua pemain membanggakan. Suntingannya minimalis dan berkesan. Lagi pula, Jibam adalah contoh filem yang tidak memerlukan teknik suntingan berlebihan dan tidak pula mengharap kepada CGI. Ia adalah filem yang boleh berdiri sendiri kerana keteguhan ceritanya.

Malangnya suntingan minimalis ini tidak membantu pula untuk trailer promo yang berkesan. Sayang benar jika nasib filem ini seperti Hanyut. Tak perlu tunggu orang lain, rebiu atau keluar di saluran. Filem perlu hidup dengan tontonan.

Jibam mungkin bukan filem yang sempurna. Tetapi ia akan menjadi pilihan klasik. Ia berdiri ditengah-tengah; antara filem ‘berat’ dan menghiburkan. Sebaris pertanyaan anak perempuan saya yang mencuit:

“Jibam? How people can be creepy and funny at the same time?”

Raiha Bahaudin

#FilemJibam
#UjangIbrahimAnon
#CheMie



Sumber Jibam : Filem Deep Yang Perlu Ditonton Ramai

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BUprdS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.