Majlis Sukan Negara Akan Menubuhkan Unit E-Sukan – Bersedia Untuk Sukan Asia 2022
Arena e-sukan terus berkembang dari hari ke hari, dengan lebih banyak permainan baru hadir. Sebelum ini, pada bulan April 2017 yang lepas, kita telah mendengar laporan mengatakan acara e-sukan akan tersedia dengan pingat tersendiri pada Sukan Asia 2022 di China kelak.
Lanjutan daripadanya, Majlis Sukan Negara kini dilihat akan bersedia untuk arena berkenaan, dan menyediakan unit e-sukan dalam persediaan untuk menyertai Sukan Asia 2022 kelak.
Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai permainan e-sukan apakah yang akan dipertandingkan, dan apakah e-sukan yang bakal menjadi fokus utama Majlis Sukan Negara masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia masih pada peringkat awal, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.
Selain daripada Majlis Sukan Negara, sebelum ini kita turut telah melihat Terengganu FA mengumumkan pasukan eSports Terengganu untuk 2018 kelak. Berkemungkinan dengan perkembangan sihat ini, kita akan mendengar lebih banyak sokongan baru dan kelab-kelab e-sukan baru pada 2018 kelak.
Another interesting development – National Sports Council to set up e-sports unit in preparation for 2022 Asian Games which will feature e-sports, and recognition of massive growing trend. –@Khairykj
— Regina Lee (@reginalah) December 12, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BfoTT6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment