Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neelofa Enggan Dikaitkan Lagi, Tidak Mahu Bercerita Hal Peribadi, Perlantikan Pengarah Dan Mohon Maaf Isu Upiak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neelofa Enggan Dikaitkan Lagi, Tidak Mahu Bercerita Hal Peribadi, Perlantikan Pengarah Dan Mohon Maaf Isu Upiak

Neelofa Enggan Dikaitkan Lagi, Tidak Mahu Bercerita Hal Peribadi, Perlantikan Pengarah Dan Mohon Maaf Isu Upiak

Tidak mahu diikat dengan cerita peribadi. (Pic: Instagram @neelofa)

Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa optimis dan percaya yang masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan tidak perlulah dirinya dikaitkan lagi dengan Fattah Amin selepas berkahwin dengan Nur Fazura baru-baru ini.

Baginya dia sendiri tidak tahu bahagian mana dan apa lagi yang perlu disentuh jika ada yang yang terus-terusan mengaitkannya dengan artis lelaki sensasi itu.

Jangan kaitkan lagi.

Malah pelakon drama Red Velvet itu sedar masih ada yang terus bercerita dan mengecam dirinya apabila dikaitkan dengan pasangan suami isteri itu.

“Saya sendiri tak tahu nak sentuh apa dan bahagian mana lagi. Tapi biasalah ada group tertentu yang suka menghangatkan hal ini hingga ia terus diperkatakan.

Bersikap profesional.

“Saya fikir memang sudah jelas masing-masing ada kehidupan sendiri. Yang menjadi perdebatan jelas di antara orang luar dan bukannya kami. Saya sendiri pilih berdiam dan tak hiraukan semua ini,” katanya.

Di sebalik semua itu, ada juga yang memuji sikap profesional Neelofa yang mengumumkan ucapan tahniah kepada pasangan terbabit ketika berlangsungnya program MeleTOP saat membuat rangkuman cerita panas sepanjang minggu.

Tidak mahu berkongsi cerita peribadi.

Malah ada juga netizen yang memuji sikap matangnya dan menganggap dia sudah ‘move on’.

Neelofa juga tidak ketinggalan ditanya soalan peribadi apakah benar yang dirinya sudah bertemu pengganti. Ia ekoran tersebarnya gambar dia bersama seorang anak VIP baru-baru ini hingga mencetus spekulasi bahawa dia kini sudah bertemu pengganti.

Namun, usahawan perniagaan Naelofar Hijab itu kini tegas dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi kisah peribadi.

Pengalaman mematangkan diri.

“Sejak awal lagi sudah banyak hal peribadi ini menerjah dalam kanvas seni saya. Saya sendiri pun sudah jelaskan daripada banyak segi. Dulu tunjuk sikit hal peribadi pun tak boleh. Apatah lagi memberi bayangan terus hal sebegitu. Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak langsung berkongsinya.

“Selepas apa yang saya gone through, pengalaman memang mematangkan diri. Namun apabila tiba masanya saya akan berkongsi. Maaf memang saya tak boleh kongsi fasal bersama orang lain atau tak. Walaupun sedikit. Tapi jika suatu hari nanti saya ingin umumkan hal peribadi, pasti ia akan dilakukan secara sewajarnya termasuk menjemput teman media,” katanya.

Jadual padat.

Di sebalik kontroversi yang melanda membabitkan hal peribadinya, wanita berpengaruh ini terus utuh meluaskan empayar dan legasi dirinya. Dia bagai bangkit semula dengan menjadikan tahun 2017 sebagai ruang untuk terus bekerja kuat sekali gus mengukuhkan namanya. Tak kira dalam dunia seni atau perniagaan, Neelofa macam tak betah duduk diam. Ada saja yang dibikinnya hingga jadual penuh dengan pelbagai aktiviti dan perancangan.

Bersama orang kuat AirAsia.

Baru-baru ini pun, dia dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) yang berkuatkuasa serta-merta.

“Ikutkan awal tahun jadual kerja saya tak padat sangat. Saya ambil ruang itu untuk beri tumpuan kepada bidang perniagaan. Selain itu saya ada komitmen dengan Maharaja Lawak.

Dalam pada itu, Neelofa memohon maaf jika ada yang menyifatkan cara dan maklum balasnya ketika menemubual penyanyi asal Tak Tun Tuang, Upiak Isil dilihat seperti kasar dan berlagak ketika siaran program MeleTOP berlangsung baru-baru ini.

MeleTOP rancangan santai.

Di laman sosial hal itu tular sehingga pelakon dan pengacara bertudung itu dikecam netizen yang berpendapat dia seperti berlagak dan tidak menghormati penyanyi berkenaan.

“Sejujurnya saya tak ada niat seperti apa yang orang perkatakan di luar sana apatah lagi untuk merendahkan dirinya. Ikutkan ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Siap gelak lagi kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia cakap sudah ada 19 buah album tetapi hanya satu saja yang laku.

Mohon maaf.

“Cuma ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Padang itu sangat pekat. Hingga saya sendiri terpaksa ulang tanya soalan dan apa yang dicakapnya berkali-kali. Saya sendiri cuba memahami apa yang dituturnya sebaik mungkin dan lontar soalan seterusnya.

Tujuh tahun di dalam industri.

“Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara cuba untuk memberi reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau berkurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf,” katanya.

“Program ini sangat santai. Saya tak perlu jadi formal dan protokol. Jadi sebagai sebagai hos, baik saya dan Nabil cuba untuk tidak terlalu mencuba sangat. Kita cuba ikut aliran tetamu yang diundang,” kata yang sudah memasuki tahun ketujuh di pentas seni.



Sumber Neelofa Enggan Dikaitkan Lagi, Tidak Mahu Bercerita Hal Peribadi, Perlantikan Pengarah Dan Mohon Maaf Isu Upiak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z3bWtA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.