Ais Krim Black Diamond Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan
Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis.
Ais krim adalah pencuci mulut yang digemari semua peringkat umur, ianya mampu memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya. Dari ais krim yang berharga rm0.10, sehingga ada yang mencecah puluhan ringgit setiap hidangan.
Begitu banyak pilihan yang boleh anda lihat, warna yang menggoda, rasa yang manis dan mampu memberi kesegaran kepada sesiapa saja yang mencubanya.
Lain orang lain pula citarasa, jika anda rasa makan di restoran mahal, itu sudah mampu buat anda rasa bangga dengan kekayaan anda, ianya belum cukup terbukti jika anda belum mencuba sesuatu yang baru ini.
Mungkin anda pernah membeli aiskrim berharga rm1, paling mahal mungkin berharga rm10, pernahkah anda mencuba aiskrim yang berharga mencecah ribuan ringgit? Harga aiskrim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya dan apa yang lebih istimewa, tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Black Diamond
Apa yang membuatkan ais krim ini sehingga harganya mencecah ribuan ringgit?
Akhbar-akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap (antara) paling mahal di dunia dengan harga serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023).
Penciptanya, seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata, harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST.
Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja.
Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter. –Agensi
Sumber: Sentiasapanas.com
The post Ais Krim Black Diamond Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kWeAZQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment