Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Pakai Braces Palsu, Gigi Rosak, Rugi RM580 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Pakai Braces Palsu, Gigi Rosak, Rugi RM580

Memakai braces adalah salah satu trend mana kini, bagi mereka, gigi adalah salah satu aset sangat penting. Sesetengah orang memiliki gigi yang jarang-jarang dan juga gigi tidak rata.

Memakai braces adalah jalan penyelesaiannya, namun apa yang dikhuatiri adalah apabila ada segolongan yang mengambil kesempatan dengan menawarkan pemasangan brace dengan harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang ingin memakai braces namun tidak mahu mengeluarkan belanja yang mahal, merek sanggup menerima tawaran memasang braces dengan harga yang jauh lebih murah tanpa memikirkan keselamatan mereka, akhirnya terjadi kes seperti wanita ini, apabila gigi bertambah rosak, dan menelan belanja rm580.

Mari kita baca perkongsian dari beliau.

“BRACES RM580 😭😭😭

sekadar perkongsian ya sahabat semua . Tiada niat lain. Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa pun . Sebab aku tak pernah mention aku buat braces ni kat siapa. Jadi orang tersebut boleh terus cari rezeki kalau memang rasa benda ni tak salah 🤐mintak maaf andai ada salah dan silap.

2 bulan yang lepas aku ada dok servey nak buat braces tu pun bukan sebab nak ikut fashion tapi memang gigi depan ni jarang dan sedikit kehadapan 😂

Masa dok servey tengok ada kawan promot cakap braces rm580 macam tu. aku pun tanya betoi ka elok braces ni boleh rapatkan gigi ka ? ‘ dia cakap memang elok sama macam klinik buat jugak cuma harga ja murah . Aku pun excited tanpa berfikir panjang kenapa tidak ? Kalau dapat kesan yang sama dengan harga yang lebih murah ?

Aku pun deal la dengan orang tu nak buat braces ni . Dia tanya nak dia mai rumah aku ka atau aku pi kat dia ? Masa tu macam pelik jugak. Eh tak buat dekat klinik ke boleh buat kat rumah macam tu ja ?

Hmm dah sebab dorang cakap sama ja kesan aku teruskan jugak niat . Dah pasang braces semua siap . Lepas sejam lebih macam tu aku makan chicken rice shop mak ai sakitnya gigi tuhan yang tahu. Mengunyah pun slow-slow ja . Ayam memang tak sentuh. Makan nasi dengan sup ja . Sebab orang tu pesan kena makan makanan yang lembut-lembut ja. Tiba-tiba prappppppp bracket tu bahagian bawah dah tercabut . Hahaha . Yang atas maintain ok

Aku pun bagitau la kat orang tu . Dia cakap takpa nanti dia buat kan bagi elok balik . Tapi kena cas la. Aku pun ok takpa . Tapi sampai harini aku tak betol kan pun yang patah tu .

Aku scroll ig ada tengok post yang dalam gambar ni cerita pasal braces murah ni . Rupanya memang tak bagus . Ada yang sampai tercabut gigi . Ada yang gigi rosak

Aku pun risau 😭 aku ajak kawan pegi cari klinik gigi doktor pakar semalam suruh dia bukak yang braces aku paka sekarang . Macam uoll tengok dalam pic tu dah tinggal gam ja . Dawai-dawai tu semua dah bukak

Next appointment baru bukak habis n pasang braces baru kat klinik pakar tu . Doc tu cina . Dia cakap dah banyak jumpa kes macam ni . Masa dia bukak dawai tu dia cakap seller tu beli dawai tu kat china harga rm10 ja tapi cas rm580 . Dia siap suruh aku buat repot polis lagi. Tapi tak mau la. Aku dah halalkan semua tu .

Maybe ada kot braces yang murah tapi memang boleh betol kan gigi . Allahhualam . Tak berani cakap dan tak berani tuduh . Siap ada kawan yang dah buat braces gigi sakit 2,3 bulan tak hilang . Bagitau kat seller nak bukak braces kena cas rm100 takdak duit punya pasal bukak guna playar . Kesian nya 😭

Moral the story sayangi la gigi anda . Tak kan muda-muda nak pakai gigi pelesu kot dan alhamdulillah gigi aku tak tercabut sebab awal pergi jumpa pakar 🤐

Berhati-hati dalam membuat pemilihan, jangan kerana mendengar kos nya yang juah lebih murah, membuatkan anda mudah tertarik. Kesudahannya yang merana adalah diri sendiri.

Sumber: Facebook/Mimi Suhana Binti Azmi

The post Padah Pakai Braces Palsu, Gigi Rosak, Rugi RM580 appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kWeykG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.