Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengejutkan! Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengejutkan! Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Jika di Malaysia, isu zina adalah sangat sensitif. Seperti mana kes-kes rogol, liwat dan juga perkosa sememangnya isu yang sangat sensitif dan sangat mendatangkan kemarahan penduduk malayasia, khususnya mereka yang beragama islam.

Diantara perbuatan paling tidak beradab sekaligus merupakan kejahatan besar, zina merupakan perbuatan paling tak senonoh yang menggambarkan keperibadian manusia itu sendiri. Padahal, Allah SWT telah memberikan jalan yang halal melalui adanya sebuah pernikahan.

Dalam Islam sendiri sangat mencegah sekeras-kerasnya zina, naun perkara itu mungkin tidak penting buat Indonesia apabila membenarkan zina! Di Jakarta, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks luar nikah yang dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara ASEAN itu.

Lima daripada sembilan hakim mengundi untuk menolak petisyen itu secara rasmi sekali gus memberi kemenangan terhadap aktivis hak asasi antarabangsa yang bimbang usul tersebut akan mencetuskan kawalan moral di Indonesia.

Mereka mendakwa konon jika petisyen berkenaan tidak ditolak secara rasmi oleh pihak mahkamah terbabit, ia bakal memberi diskriminasi khasnya terhadap pengamal homoseksual di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat berkata undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ia bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu.

“Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang (Parlimen) dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dilakukan,” katanya dalam penghakiman.

Memetik laporan media tempatan, permohonan mengharamkan seks luar nikah telah dikemukakan oleh Aliansi Cinta Keluarga (AILA), sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli akademik dan aktivis konservatif di Indonesia.

Mereka mahu mahkamah memberi takrifan zina diguna pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi sesiapa sahaja dalam atau luar perkahwinan, supaya menjadikan hubungan seks luar perkahwinan sebagai jenayah.

Dalam aduan mereka, pihak AILA berkata bahawa perkara tertentu dalam kanun jenayah republik terbesar di rantau Asia tenggara itu boleh “mengancam daya tahan institusi kekeluargaan dan juga Indonesia secara keseluruhan”.

Keputusan tidak dijangka oleh mahkamah berkenaan ternyata menerima kecaman pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan dan ramai dilaporkan menangis apabila ada hakim beragama Islam sendiri pun tetap tolak petisyen itu.

Malah ada kalangan mereka malu dengan negara jirannya, Malaysia dan Brunei lebih mendaulatkan ajaran Islam yang tegas boleh menahan pasangan berzina sekali gus mengekang gejala bayi luar nikah daripada bebas berleluasa.

Setakat ini, hanya wilayah Aceh menganggap kes zina sebagai jenayah dalam undang-undang syariah tempatan, bahkan pesalah jika disabitkan mahkamah boleh dihukum sebat di khalayak awam.

Sumber: Mylabulabi.tech

The post Mengejutkan! Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kBJCag

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.