Bila *** FM Call Kata Nak Sponser, Kawan Saya Nampak Sangat Gembira, Tetapi Rupanya Kena Prank
Bukan semua memahami isi hati orang lain, kadang kala hati dipermainkan seolah-olah tiada rasa belas kasihan. Ini bukan kisah cinta, tetapi bagaimana seseorang yang melakukan kesilapan tanpa menyedari dia telah melukakan hati seseorang.
Sesetengah orang suka bergurau dan bermain dengan kata-kata, pada awalnya hanya gurauan, namun gurauan tersebut diambil serius, dan akhirnya apabila mengetahui ianya hanyalah satu ‘prank’, sudah pasti hati terusik dan kecewa.
Seperti apa yang terjadi kepada pemuda ini, apabila menerima panggilam daripada sebuah stesen radio swasta, apabila dijanjikan untuk disponser, pada mulanya dia sangat gembira, tetapi apabila dia mengetahui bahawa dirinya di prank, hati mula rasa kecewa.
“Ingatkan betul dapat sponsor” demikian luahan seorang lelaki yang baru-baru ini menerima panggilan prank dari sebuah stesen radio swasta.
Menyangka benar ada pihak yang sudi menaja misinya menjelajah satu Semenanjung berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan, Zairi akur saja dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta.
Namun, alangkah sedihnya apabila mendapati ianya hanya sekadar gurauan sahaja.
Perkara itu mendapat perhatian rakannya, Dzul Affandi Roslan, yang terkilan dan menganggap tindakan pihak stesen radio berkenaan tidak sensitif.
“Agak terkilan mendengar panggilan prank *** FM kali ini. Harap *** FM mohon sensitif. Sahabat saya ini dalam ekspedisi menjelajah satu Semenanjung berbasikal secara solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.
“Misi membayar nazar selepas berjaya mengatasi beberapa ujian kehidupan yang amat sedih dan pedih, yang saya sendiri lihat dan saya sendiri bantu.
“Bila *** FM call buat panggilan kata nak beri sponsor, saya dengar kegembiraan pada suara sahabat saya. Dia siap buat apa yang disuruh dengan harapan betullah ‘syarikat’ itu nak menaja.
Posted by Dzul Affandi Roslan on Sunday, 17 December 2017
Rupanya kena ‘game’ dengan DJ melalui panggilan prank. Shame on you *** FM!
“Buat pengetahuan semua, sahabat saya ini sehelai sepinggang dalam ekspedisi ini. Basikal pun orang beri/pinjam. Seluar basikal pun orang bagi pinjam (dengar dalam video), dengan dana yang kecil beliau berani melakukan ekspedisi ini. Buat masa ini seorang sahabat yang monitor naik motosikal.
“Jadi saya nak mengajak sesiapa yang nak beri derma, nak beri tajaan apa-apa yang sesuai boleh hubungi saya atau sahabat saya. Derma akan disampaikan kepada masjid-masjid yang dilawati dan untuk kegunaan ekspedisi.
“Buat masa ini (18 Disember 2017) beliau menghala ke Tanjung Piai Johor. Esok akan ke Mersing, Muadzam Shah, Kuantan, Terengganu, Kelantan, masuk Thailand dan keluar padang besar, Perlis, Kedah, Penang, Perak dan habis di Selangor.
“Yang nak bantu berikut adalah maklumat akaun bank dan nombor telefon beliau. Boleh hubungi beliau terus untuk berjumpa pada yang berdekatan.
Norzairi Zainal
164034271991 (MAYBANK)
018-3935365
Facebook: Zairi Bin Zainal
Sepatutnya hal-hal seperti ini tidak berlaku, harap stesen radio tersebut tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Sumber: Facebook/Dzul Affandi Roslan
The post Bila *** FM Call Kata Nak Sponser, Kawan Saya Nampak Sangat Gembira, Tetapi Rupanya Kena Prank appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kFuVTk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment