Elfira Loy Berbelanja Hampir RM10K Di Sephora
Viral di media sosial, video review barang-barang kosmetik yang dihoskan oleh pelakon, Elfira Loy, di saluran YouTube, Twinkel TV, Elfira mengejutkan ramai orang dengan mengatakan telah berbelanja RM10k hanya untuk barang mekap!
Rata-rata harga barang mekap berkenaan berharga ratusan ringgit! Bertuah sebab dia mampu untuk berbelanja sebanyak itu hanya untuk mekap. Sememangnya itu adalah impian setiap wanita, berbelanja untuk sesuatu yang disukai terasa sangat berbaloi.
Dalam episod pertama Elfira Loy Unbox, Elfira berkata baru-baru ini dia menghadiri sebuah majlis di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat dan berkesempatan untuk singgah di Sephora.
“Saya pergi ke LA untuk satu event, tapi saya sempat masuk ke Sephora dan itu adalah apa yang saya mahu lakukan sebenarnya. Pergi LA, nak masuk Sephora dan beli macam-macam.
“Saya habiskan masa selama sejam berada di Sephora untuk membeli barang. Saya telah membelanjakan hampir RM10,000 di Sephora.
“Mampus, tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Tetapi disebabkan dah sampai kaunter, tak boleh patah balik, kita terima sajalah,” katanya.
Menurut Elfira, ada beberapa barang yang dibelinya adalah berdasarkan apa yang disarankan kepadannya dan ada juga yang dipesan oleh orang terdekat.
Antara beberapa barangan yang dibeli dengan harga yang agak tinggi antaranya, Natasha Denona Star Eyeshadow Palette RM690, Velour Silk Lashes + Starter Kit + Latex RM428, Kevyn Aucoin Highlighter RM500, Mixed Face Care Products RM400, dan Farsali Rose Gold Elixir + Unicorn Essence RM442.
“Kenapa aku shopping banyak sangat??? Tak nak dah beli make up,” selorohnya di penghujung video.
Sementara itu netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai jumlah perbelanjaannya, ada yang berpendapat bahawa jika mampu apa salahnya.
“Kalau ada duit, why not kan? Artis ini kadang-kadang gaji RM10K-RM20K ke atas. So setakat RM10K apalah sangat. Kalau kita duit banyak pun beli jelah, kan. Rezeki dia.” – Dada Nawi
“Beza orang ada duit dengan orang tak ada duit. Dah beli campak-campak gitu macam tak bernilai saja semua itu. Kita beli foundation RM50 pun jaga macam minyak yang penuh tau.” – Myra Nabilaa
“Kita masuk Watsons je. Expenses RM50 pun ternganga garu kepala. Hahaha.” – Roziana Rifa’e
Nampaknya nama Sufian Suhaimi tidak terlepas
“Pengsanlah Sufian Suhaimi tu. RM10,000 untuk make up saja.” – Kartini Bustamam
Sumber: Thereporter.my
The post Elfira Loy Berbelanja Hampir RM10K Di Sephora appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kXro2f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment