Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mat Rempit semakin Menjadi-Jadi sampai Sanggup Mencederakan Orang Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mat Rempit semakin Menjadi-Jadi sampai Sanggup Mencederakan Orang Awam

Selalunya kita dengar mat rempit ini selalu buat kekacauan di jalan raya sahaja. Mereka selalunya menganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain sehingga mendatangkan kemarahan dengan tindakan mereka yang merbahaya itu.

Baru-baru ini telah terjadi satu kejadian yang amat mengejutkan yang melibatkan mat rempit ini. Apabila seorang lelaki dibunuh dengan kejam di kawasan Stesen Minyak Shell setelah ditikam dengan sebelah pisau di dada kiri dan tidak itu saja, mangsa juga didapati dilanggar beberapa kali mengunakan kereta BMW yang dipandu oleh 4 orang mat rempit.

Malah seorang pemandu Ambulans dan juga seorang jururawat juga menjadi mangsa kejadian setelah mereka juga turut diserang oleh mat rempit berkenaan kerana tidak dapat menerima teguran supaya memberikan laluan.

Pemandu ambulans itu juga mengalami kecederaan di bahagian kening sebelah kiri dan mendapat sebanyak empat jahitan, manakala jururawat wanita berkenaan ditendang oleh kumpulan itu. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi berhampiran kawasan Plaza Tol Taiping Utara.

Mangsa yang tidak mahu identitinya diketahui berkata, semasa dia dan juga pembantu perubatan dan seorang lagi jururawat sedang dalam perjalanan menuju ke kawasan kejadian dari hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit yang lain.
“Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol, saya ternampak sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram.” 

“Saya bertindak menegur mereka dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan. Namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal.”

“Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya,” katanya. 

Ujarnya lagi,terdapat empat orang yang menariknya keluar semasa berada di dalam van ambulans dan mereka bertindak menumbuk muka sehingga mengakibatkan kecederaan kerana dia telah ditumbuk berkali-kali.

Jururawat wanita juga turut menjadi mangsa dan dia juga ditendang apabila cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut

Sekumpulan remaja terbabit juga terus malarikan diri setelah mendapati orang ramai banyak yang menyedari perbuatan mereka itu.

Walaupun dalam keadaan yang cedera, mangsa juga telah menghantar pesakit ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan di balai Polis Taiping.
“Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal salah seorang daripada remaja yang memukul saya, manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran. 

“Difahamkan polis sudah mengenalpasti pemilik motosikal terbabit dan tindakan serta siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Tambah mangsa lagi, kawasan kejadian itu memang sudah menjadi kebiasaan untuk mat rempit mengadakan perlumbaan haram yang membabitkan kenderaan motorsikal dan juga kereta. Selalunya perlumbaan haram itu diadakan pada setiap malam minggu sekitar jam 12 malam sehinggalah pukul tiga pagi.

Perkara sebegini adalah tidak patut dilakukan sehingga sanggup mencederakan orang awam. Tindakan mat rempit kini sudah semakin menjadi-jadi malah mereka sanggup membunuh dan membuat peraturan sendiri. semoga pelaku yang bersalah berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Sumber: Kakishare.tv

The post Mat Rempit semakin Menjadi-Jadi sampai Sanggup Mencederakan Orang Awam appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kU070y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.