Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Baitulmaqdis. Ini “Surat” DS Anwar Dari Penjara Yang Dinanti Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Baitulmaqdis. Ini “Surat” DS Anwar Dari Penjara Yang Dinanti Ramai

Isu Baitulmaqdis. Ini “Surat” DS Anwar Dari Penjara Yang Dinanti Ramai | Saya Luv Islam – Isu Baitulmaqdis merupakan isu negara dan dunia. Terkini, Datuk Seri Anwar yang masih di penjara turut memberi komen. Allahu terharu.

PRIHATIN DENGAN PALESTIN

Perkembangan terkini berkaitan perjuangan hak rakyat Palestin amat memprihatinkan.

Saya sendiri cukup terkesan dengan situasi yang semakin meruncing di negara tersebut, di saat negara-negara Islam lain pula kian bergolak dengan krisis diplomatik dan isu dalaman.

Berita tentang keputusan angkuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyerahkan kota suci Baitulmaqdis kepada rejim Israel wajar dibantah umat Islam dan rakyat yang cintakan keadilan.

SARANAN BANTAS ZIONIS

Masyarakat juga harus mengecam tindakan terbaru Trump, yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto bagi menghalang keputusan Majlis Keselamatan PBB berhubung penarikan semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang baru.

Dengan itu, saya menggesa kerajaan Malaysia membantah keputusan Amerika sekeras-kerasnya, dan mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan mempertahan hak rakyat yang diusir dari tanah air mereka sendiri oleh rejim Israel.

PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK

Inilah yang diungkap sarjàna Edward Said sebagai ‘politics of dispossession’ – tindakan rakus merampas hak rakyat sekali gus menutup ruang bagi mereka bersuara serta mempertahan hak.

Betapa culas dan lekanya kita, jika keadaan di Palestin ini dibiarkan berlanjutan tanpa ada sebarang solusi atau kata sepakat yang dapat dicapai melalui agensi-agensi antarabangsa.

Penindasan ke atas kedaulatan dan hak asasi di Palestin harus segera dihentikan demi kesejahteraan sejagat.

Malaysia perlu mendokong usaha tersebut secara konsisten dan berterusan – bukan sekadar melalui kenyataan bermusim yang timbul apabila ada perkembangan negatif sahaja.

Sumber : Malaysiakini

The post Isu Baitulmaqdis. Ini “Surat” DS Anwar Dari Penjara Yang Dinanti Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l0NnW8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.