Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

KUALA LUMPUR: Polis pada Sabtu mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi Pakistan kerana menyeludup senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan keselamatan Pakistan semalam.

Menurut beliau, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan kumpulan militan Daish.

Difahamkan suspek dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Jinnah menuju ke Bangkok, Thailand menggunakan pesawat Thai Airways TG-342.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kaitan dengan militan Daish dan sedang menunggu laporan daripada pasukan keselamatan Pakistan untuk maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.

Malah, dilaporkan terdapat senjata api yang disembunyikan pada tapak kasut yang dipakai suspek.



Sumber Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DDRTlT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.