Lagi kes langgar lari, mangsa maut dirempuh lori
PADAWAN: Seorang individu yang masih tidak dikenal pasti identitinya maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah lori di Kampung Bumbok, sekitar jam 11.05 malam tadi.
Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, insiden berlaku ketika mangsa yang sedang berjalan dari arah Bau menuju ke Batu 7 dilanggar oleh sebuah kenderaan dipercayai lori, yang datang dari arah bertentangan.
“Mangsa kemudian mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kaki, maut di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak.
Identiti mangsa kata Bingkok, masih belum dikenal pasti dan pihaknya sedang mengesan waris mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zjxnne
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment