Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu Lagi Ribut Tropika Melintasi Filipina. Amaran Cuaca Waspada Sabah 23 Hingga 24 Disember Ini. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu Lagi Ribut Tropika Melintasi Filipina. Amaran Cuaca Waspada Sabah 23 Hingga 24 Disember Ini.


KOTA KINABALU: Amaran Cuaca Waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) hari ini kepada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berikutan terdapatnya satu lagi ribut tropika yang dijangka melintasi Filipina.

Menurut Ketua Pengarah MMD, Alui Bahari, amaran tersebut berkuatkuasa mulai 23 hingga 24 Disember dan kawasan-kawasan yang akan terlibat ialah Bahagian Pendalaman di daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan di daerah Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Manakala di negeri Sarawak daerah yang terlibat adalah Miri dan Limbang serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, Amaran Cuaca Waspada bagi Semenanjung Malaysia turut dikeluarkan bermula 22 hingga 24 Disember ini berikutan Ribut Tropika Kai-Tak yang dijangka melanda kawasan timur dan utara semenanjung.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Terengganu, Perlis, Kedah, Pualau Pinang, Kelantan di daerah Kota Bharu, Pasir Putih, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai serta negeri Perak di daerah Hulu Perak, Kerian dan Larut Matang & Selama.

Dijangkakan angin kencang melebihi 50 kmsj dengan ombak 3.5 meter dijangka akan berlaku di perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

Perkembangan mengenai amaran cuaca akan kemaskini di laman web MMD dan aplikasi mobil myCuaca. -PENERANGAN

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Btoidr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.