Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 20 tahun ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi selepas cuba menyeludup keluar senjata api.

Laporan media Pakistan memetik Al Muhd Alfie Kqhyriel sebagai suspek anggota militan yang cuba menyeludup keluar sejumlah senjata api yang telah dilerai di dalam bagasi miliknya.

Polis menjumpai sejumlah empat pucuk pistol, lapan kelopak peluru, dan 70 butir peluru pada Al Muhd Alfie.

Maklumat awal menyebut senjata dan peluru berkenaan mahu dibawa ke Malaysia berdasarkan tiket perjalanan yang dibeli, lapor Daily Pakistan Global.

Hasil pemeriksaan mendapati senjata tersebut disembunyikan di tempat rahsia di dalam beg Al Muhd Alfie termasuk yang disorok di dalam seluar dan kasutnya.

Al Muhd Alfie kemudian diserahkan ke balai polis lapangan terbang untuk tindakan lanjut.

Siasatan turut menjurus kepada penglibatan Al Muhd Alfie dengan kumpulan pengganas Daish.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan media Pakistan, Al Muhd Alfie dilahirkan pada 17 Julai 1997 di  Kuching, Sarawak.



Sumber Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2poRwIM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.