Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Baitulmaqdis. Ini Tindakan KERAS Trump Buat Negara2 Yang Sokong Resolusi PBB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Baitulmaqdis. Ini Tindakan KERAS Trump Buat Negara2 Yang Sokong Resolusi PBB

Isu Baitulmaqdis. Ini Tindakan KERAS Trump Bagi Negara2 Yang Sokong Resolusi PBB | Saya Luv Islam – Trump hari ni umum seluruh dunia tindakan keras yang bakal diambil Amerika terhadap negara-negara yang sokong resolusi PBB berkenaan isu Baitulmaqdis. Ramai negara dah terketar terus. Mana taknya dia kata dia akan…..

HENTI BANTUAN KEWANGAN

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmaqdis.

Draf resolusi itu mendesak AS menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita.

“Ingat..kami memerhatikan undian itu. Biar mereka undi menentang kita, ia akan menjimatkan kita, kita tidak peduli,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

SESI TERGEMPAR PBB

Sejumlah 193 anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) dijadual mengadakan sesi tergempar, hari ini berhubung pengiktirafan AS itu, selepas negara berkenaan menggunakan kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Dalam sepucuk surat, wakil khas Washington, Nikki Haley, Selasa lalu, memberi amaran kepada negara anggota bahawa beliau akan menghantar laporan kepada Presiden Donald Trump.

Beberapa diplomat kanan berkata, amaran Haley tidak mungkin akan mengubah banyak undi di UNGA.

Malah, sebahagian diplomat menyifatkan amaran itu lebih kepada cubaan untuk mengumpan pengundi AS.

Presiden UNGA, Miroslav Lajcak, enggan mengulas lanjut kenyataan Trump itu, namun menekankan bahawa ia adalah hak dan tanggungjawab anggota untuk menyatakan pandangan mereka.

RESPON PALESTIN BERKENAAN UGUTAN AMERIKA

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki, berkata AS membuat kesilapan apabila bertindak mengedarkan surat cuba mengugut negara anggota, sekali gus mengancam kedaulatan pihak yang mahu mengundi.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu di sini, sebelum mereka berlepas ke New York.

Wakil Khas Washington, Nikki Haley pada Selasa memberi amaran bahawa beliau akan membuat laporan kepada Presiden Donald Trump, susulan tindakan beberapa negara anggota yang menyokong draf resolusi menolak pengiktirafan dibuat Amerika Syarikat ke atas Baitulmaqdis.

UNGA dijadual mengadakan sesi tergempar hari ini berhubung pengiktirafan AS itu, selepas negara berkenaan menggunakan kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menurut Riyad, ia adalah definisi baru kuasa dunia di dalam politik dan secara tidak langsung memperlihatkan campur tangan AS secara terbuka.

Turki dan Yaman sebelum ini mendesak sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB diadakan bagi pihak Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC).

Sumber : Berita Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Ini Tindakan KERAS Trump Buat Negara2 Yang Sokong Resolusi PBB appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BUfgcS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.