Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enggan dedah kandungan Whatsapp Farid Kamil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enggan dedah kandungan Whatsapp Farid Kamil

PELAKON Ben Ali yang ditemu bual petang tadi menunjukkan kepada wartawan Sinar Harian, kandungan Whatsapp yang dikirimkan oleh Datuk Farid Kamil kepadanya sebelum insiden menampar di balai polis berlaku.

Bagaimana pun, bagi menjaga hati dan privasi Farid dan keluarganya, Ben mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kandungan Whatsapp tersebut sepenuhnya kepada orang awam.

“Cukuplah jika saya katakan yang perbualan kami menerusi Whatsapp sebelum kejadian tersebut berlaku pada mulanya okay tetapi lama kelamaan saya dapati macam ada sesuatu yang pelik dan janggal.

“Bukan seperti Farid Kamil yang saya kenali. Jadi saya ambil langkah untuk tidak membalas dan hanya berdiam diri.

“Sehinggalah dia menghantar voice note meminta tolong, saya dah rasa semakin pelik. Kemudian dia juga menghantar lokasi di mana dia berada ketika itu iaitu di balai polis.

“Terus saya ke balai polis tersebut namun tidak dapat berjumpa Farid kerana dia sudah dibawa ke balai polis yang lain,” cerita Ben.

Dalam nada kesal, Ben juga kecewa kerana tidak dapat membantu Farid sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Saya dengan Farid bukan rapat sangat. Kami berwhatsapp bermula hujung bulan 12 lalu disebabkan saya undang dia untuk menghadiri satu program yang syarikat saya anjurkan.

“Dari situ kami sering berbual tentang program tersebut. Jadi bila dapat Whatsapp yang bukan daripada kebiasaan kami, saya tak berani untuk masuk campur,” jelas Ben lagi.

Tambah Ben, tujuan dia berkongsi cerita tentang Farid di Facebook miliknya adalah untuk menceritakan apa yang diketahui tentang kejadian yang menimpa Farid.

“Setakat ini saya membantu dari segi memperkenalkan khidmat guaman kepada Farid. Selebihnya selepas lepas daripada tahan reman saya tidak menghubungi beliau lagi kerana ingin beri ruang kepadanya dan keluarga untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

The post Enggan dedah kandungan Whatsapp Farid Kamil appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DvRHYM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.