Prestasi Sebenar V Shem-Wee Kiong Bakal Diuji
KUALA LUMPUR – Pertembungan dengan beregu nombor empat dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China pada saingan suku akhir kejohanan badminton Perodua Masters Malaysia, esok, bakal menguji prestasi sebenar beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
V Shem-Wee Kiong yang baru digandingkan semula, mara ke suku akhir apabila tidak berdepan masalah menyingkirkan rakan sepasukan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 21-17 dalam masa 32 minit perlawanan pusingan kedua kejohanan itu yang berlangsung di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur.
V Shem berkata dalam acara beregu, keserasian dan persefahaman di gelanggang adalah sangat penting kerana ia akan mendorong mereka memberikan permainan yang kompetitif.
“Setakat ini, keserasian dan komunikasi antara kami adalah baik. Tumpuan kami untuk meraih sebanyak mungkin kejayaan pada tahun ini.
“Kami saling memberi motivasi supaya dapat memberikan permainan yang bagus dalam semua perlawanan. Tugasan lebih besar esok, jadi kami akan berikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Liu Cheng-Zhang Nan menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun; 21-11, 21-13.
Berdasarkan tiga rekod pertemuan sebelum ini lebih memihak kepada V Shem-Wee Kiong yang menewaskan Liu Cheng-Zhang Nan sebanyak dua kali pada 2016.
Mengulas perlawanan hari ini, V Shem berkata mereka lebih mengetahui corak permainan Yew Sin-Ee Yi kerana sering berlatih bersama-sama di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
“Mungkin hari ini, kami lebih cepat faham permainan mereka dan mudah mendapatkan mata,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DrMx0r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment