Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesihan Rakyat Libya, selepas tujuh tahun Gadhafi dibunuh, masih belum menikmati keamanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesihan Rakyat Libya, selepas tujuh tahun Gadhafi dibunuh, masih belum menikmati keamanan

20 terbunuh pertempuran di lapangan terbang utama Libya
Diterbitkan pada 16 Jan 2018 8:26AM
Lapangan terbang Mitiga di Tripoli, Libya diserang oleh pihak militan bagi membebaskan rakan mereka yang ditahan di sebuah penjara berhampiran kawasan itu. – Gambar fail EPA, 16 Januari, 2018

PERTEMPURAN di lapangan terbang Libya pada Isnin, mengorbankan 20 nyawa dalam percubaan pihak militan untuk membebaskan rakan mereka yang dipenjarakan di kawasan situ, lapor pihak rasmi negara itu.

Lapangan terbang Mitiga, bekas pangkalan tentera di pinggir timur ibu kota, dikosongkan apabila pertempuran meletus dan jalan ke sana ditutup.

Enam pesawat Libya di atas landasan terkena tembakan, kata sumber pihak lapangan terbang.

Kementerian Kesihatan Libya, Pakatan Kerajaan Kebangsaan (GNA) yang disokong oleh PBB berkata 20 orang terbunuh dan 63 cedera dalam pertempuran itu.

Ia tidak menyatakan sama ada mangsa adalah orang awam atau pejuang.

Beberapa penyerang ditangkap, menurut perkhidmatan keselamatan Tripoli yang dikendalikan oleh kementerian dalam negeri.

"Semua infrastruktur pangkalan tentera dan lapangan terbang berada di bawah kawalan dan tidak rosak," katanya, walaupun tiada penerbangan disambung diumumkan beberapa jam selepas itu.

Sumber lapangan terbang dan penduduk setempat berkata penyerang itu melepaskan diri dan ia beralih ke ibu pejabat mereka sekitar 10 kilometer (6.2 batu) di timur fasiliti dan reda pada lewat Isnin.

Mitiga menjadi lapangan terbang awam sejak lapangan terbang antarabangsa utama di bandar itu rosak teruk semasa pertempuran antara militan pada pertengahan 2014.

Negara Afrika Utara dilanda kekacauan sejak pemberontakan pada 2011 yang menggulingkan dan membunuh diktator Moamar Gadhafi, dengan pihak berkuasa dan militan bersaing untuk menguasai kekayaan hasil minyaknya.

Penutupan lapangan terbang itu diumumkan selepas Al-Radaa, pasukan yang setia kepada GNA dan ditugaskan menjaga fasiliti  itu dengan selamat, memaklumkan ia diserang.

Kumpulan bersenjata "menyerang lapangan terbang antarabangsa Mitiga ... yang merupakan penjara bagi lebih 2,500 orang ditahan atas pelbagai sebab" kata Al-Radaa di halaman Facebooknya. – AFP, 16 Januari, 2018  - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKr6nv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.