Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kata Ikat Perut, Tapi Belanja Melancong Terus Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kata Ikat Perut, Tapi Belanja Melancong Terus Meningkat






Boleh dikatakan hampir setiap hari ada ada sahaja dakyah palsu yang disebarkan di media sosial kononnya ekonomi Malaysia semakin teruk, rakyat kena ikat perut dan hidup rakyat kononnya susah melarat.

Selalunya berlaku selepas hari Rabu, iaitu hari di mana harga minyak mentah akan diumumkan. Kalau harga minyak diumumkan naik, maka banyaklah kata-kata kesat dilemparkan kepada kerajaan tetapi bila harga minyak diumumkan turun, senyap sepi je dunia media sosial. Habis semua pembangkang masuk dalam gua.

Anehnya dalam asyik merungut itu, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan perbelanjaan rakyat Malaysia yang melancong di luar negara semakin meningkat.

Pada 2012, perbelanjaan rakyat Malaysia untuk melancong adalah RM37.7 bilion, 2012 (RM38.6 bilion), 2014 (RM40.7 bilion), 2015 (RM41.7 bilion) dan 2016 adalah RM43.4 bilion.

Statistik itu disokong oleh kajian yang dibuat Mastercard bahawa jumlah pelancong Malaysia ke luar negara meningkat setiap tahun iaitu 11.9 juta orang pada tahun ini dan dijangka meningkat kepada 14.9 juta pelancong ada 2021.

Kesimpulannya, setiap tahun jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara semakin meningkat dan jumlah wang yang mereka belanjakan di sana lebih banyak daripada wang yang dikirim oleh pekerja asing Malaysia ke negara mereka.

Melihat kepada data-data ini, jelas menunjukkan bahawa pendapatan rata-rata rakyat Malaysia telah meningkat. Jika tidak masakan syarikat penerbangan termasuk AirAsia berani menawarkan diskaun tambang untuk destinasi terpilih.

Malah tiket yang ditawarkan diskaun oleh MAS untuk ke London pada tarikh “Boxing Day” tahun 2018 sudah habis ditempah rakyat Malaysia. Ikat perut lagikah rakyat Malaysia kalau setiap kali cuti sahaja sesak habis jalan raya, sesak habis pintu kapal terbang dan penuh semua “shopping mall” dengan orang ramai.

Ini kerana syarikat penerbangan itu tahu, hobi rakyat Malaysia memang suka melancong. Dulu semasa pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri, bukan semua orang boleh melancong ke luar negara. Tiket kapal terbang amat mahal pada zaman Mahathir.

Nak jalan-jalan dalam negeri pun terpaksa fikir banyak kali kerana tiada duit yang mencukupi. Tetapi kini negara-negara Asean umpamanya seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah jadi macam pekan di negara ini, penuh dengan rakyat Malaysia.

Itu angka untuk pelancongan luar negara, dalam negara pun sama. Statistik pelancongan domestik yang  dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) menunjukkan pada 2016, penduduk Malaysia membelanjakan RM66.5 bilion melancong  dalam negara.

Itu statistik pada dua tahun lalu, tahun ini mesti lagi meningkat angka tersebut. Begitu juga dengan hotel. Cuba tempah bilik pada musim cuti sekolah, hanya yang bernasib baik akan mendapat bilik.

Memang bagus apabila melancong dalam negeri kerana dapat menyumbang kepada ekonomi negara tetapi janganlah sampai kita memburukkan negara sendiri dengan membuat cerita kononnya ekonomi Malaysia semakin teruk.

Contohnya dalam media sosial beberapa hari lepas di mana ada orang memuatnaik gambar bahawa beli beras dan minyak sahaja sudah cecah RM50. Orang yang muat naik gambar itu tahun ke beras dan minyak yang dibeli itu tahan berapa lama untuk orang bujang? Bukan masak dua tiga hari sudah habis minyak dan beras itu.

Dan ketika ada rakyat Malaysia yang sibuk memburukkan negara, Malaysia pula telah dipilih sebagai Malaysia sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara  Asia pada 2018, menurut Retirement Index  yang terbaru daripada International Living.com.

Indeks terbaru ini turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman web yang disebutkan. Malaysia juga menduduki tempat kelima secara global manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Peliknya, orang luar menghargai Malaysia tetapi malangnya ada segelintir rakyat negara ini suka burukkan Malaysia. Nampaknya orang luar lebih pandai melihat keistimewaan Malaysia. Kalau ekonomi Malaysia dah nak bankrap, kenapa orang luar nak datang ke sini lagi?

Tidak perlu jauh, lihat sahaja pendatang asing yang bekerja di Malaysia. Sanggup naik tongkang dan perahu hendak kerja dan cari rezeki di Malaysia Berduyun-duyun mahu masuk ke Malaysia untuk bekerja kerana mereka tahu ekonomi Malaysia semakin berkembang dan banyak peluang pekerjaan.

Jadilah rakyat Malaysia yang pandai menghargai negara bukan hanya pandai merungut dan memburukkan kerajaan di media sosial. Tanya berapa gaji kakitangan awam semasa zaman Mahathir dengan zaman Najib, banyak bezanya gaji dulu dan sekarang. Oleh itu, tidak perlulah ambil orang zaman lepas untuk menerajui Putrajaya. Kekalkan pentadbiran yang sedia ada.


Tulisan :

Beruang Biru
BB743, Rabu
17 Januari 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rm45pe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.