Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak tahu zip seluar terbuka’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak tahu zip seluar terbuka’

Siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di sebuah kedai pakaian dekat Bukit Sentosa semalam diteruskan walaupun pengadu menarik balik laporan polis.

Suspek kes berkenaan dipanggil untuk rakaman percakapan namun mendakwa tidak menyedari zip seluarnya terbuka ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa (pengadu) membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kejadian sebelum menarik balik atas alasan enggan memanjangkan kes berkenaan.

Menurutnya, namun kertas siasatan dibuka dan suspek turut membuat laporan polis selepas isteri suspek mengetahui kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan datang ke kedai pakaian itu dan ketika mangsa hendak melayan sebagai pelanggan, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dengan kemaluan di luar.

“Suspek beredar selepas ditegur oleh majikan mangsa manakala suspek yang turut membuat laporan polis, mendakwa tidak mengetahui zip seluarnya terbuka.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pekerja perempuan di sebuah kedai pakaian apabila seorang lelaki memperlihatkan kemaluan ketika mahu membeli seluar.

The post ‘Tak tahu zip seluar terbuka’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EWG1Lz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.