Ada penaja, Tok Mun mahu guna simbol ‘istana’ pula
KUALA TERENGGANU, 23 Feb — Walau sudah dua kali kalah teruk, Maimun Yusuf sedia bertanding lagi dalam pilihan raya nanti jika ada pihak menajanya.
Namun warga emas itu, mesra disapa Tok Mun sahaja, mahu menggunakan simbol istana jika diizinkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kalau guna simbol lain, tidak ada guna tok bertanding ...,” katanya, kini 99 tahun, seperti dilapor Berita Harian.
Tambahnya, simbol istana itu “amanah orang dulu-dulu yang meminta tok menggunakan simbol itu bagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.”
Tok Mun yang bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 2008 dianggap berjaya “mengalih undi” tokoh PAS waktu itu Mohamad Sabu.
Calon Barisan Nasional waktu itu Datuk Razali Ismail menang tipis dengan majoriti 628 undi dan wanita itu hilang wang pertaruhan dengan 685 undi.
Pada pilihan raya umum 2013 pula, sekali lagi dengan simbol kunci, Tok Mun juga hilang wang pertaruhan lagi dengan hanya mendapat 182 undi.
Mengakui tidak mampu membayar deposit RM10,000, Tok Mun bagaimanapun tetap yakin boleh menang jika menggunakan simbol istana.
“Tok hanya akan menang kalau guna simbol tu [istana]. Dua kali tok bertanding guna simbol lain, tok kalah, buat rugi sahaja,” katanya kepada akhbar itu.
Jika dahulu beliau berkempen menggunakan basikal, namun kini warga emas itu sudah memiliki kereta Kancil sendiri yang dipandu oleh kawannya.
“Kalau tok nak ke mana-mana tok mintak tolong kawan bawa [memandu], tok bagilah sikit pitih [duit] kepada dia,” katanya yang tiada lesen memandu.
Sumber Ada penaja, Tok Mun mahu guna simbol ‘istana’ pula
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BKVsrT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment