Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Mahathir Akan Jadi Perdana Menteri Sementara? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Mahathir Akan Jadi Perdana Menteri Sementara?

Krisis dalam Pakatan Harapan (PH) yang berlaku sekian lama hanyalah untuk mencari siapa bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika PH menang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Setelah berbalah begitu lama, Tun Mahathir dan Wan Azizah dipilih sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pilihan PH. Persoalannya, adakah itu sebenarnya pilihan seluruh warga PH ?

Yang peliknya, Maharhir boleh menyatakan yang beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara dan mungkin disebsbkan itu pemimpin PH bersetuju memilih Mahathir dan Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri selepas itu.

Terdapat dua senario yang boleh berlaku. Pertama, Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Dato’ Seri Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.

Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.

Malah Tun juga pernah mengatakan yang Dato’ Seri Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Tun memilih untuk membolot kuasa.

Senario kedua, kalaulah Tun Mahathir memilih untuk u-turn dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka.

Dan sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia.

Di sini kita dapat ramalkan bahawa jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Jelaa sekali PH tidak akan memikir masalah rakyat jika memerintah negara kerana tidak akan dapat melihat rakyat kerana sibuk mencatur kepimpinan PH yang masih tidak menemui jawapan hakiki.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fw8aL2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.