Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahaya Senapang Paip PVC ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahaya Senapang Paip PVC !



POLIS menahan lima individu termasuk seorang wanita dan merampas tiga laras senjata api tiruan buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah kongsi terletak tujuh kilometer dari bandar Tuaran, Sabah. 

Dalam serbuan jam 9.10 malam kelmarin, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran turut merampas 122 biji guli digunakan sebagai peluru senjata dirampas.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata semua suspek adalah warga Filipina berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun. "Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua negatif dan tiada rekod kesalahan lampau.

"Kesemua suspek bersama barang rampasan iaitu tiga laras senjata api buatan sendiri dan 122 biji guli dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut," katanya.

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, Dzulbaharin meminta orang ramai supaya sentiasa bekerjasama dan menyalurkan maklumat sebarang kejadian jenayah dan tidak terbabit dalam memiliki, menyimpan atau menggunakan senjata api buatan sendiri.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ou9dmD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.