Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekerjasamalah, Bukan Berperang Antara Satu Sama Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekerjasamalah, Bukan Berperang Antara Satu Sama Lain


Sejak pengenalan Grab dan Uber di negara ini, ada sahaja keluhan dan rungutan kedengran terutamanya bagi pengusaha dan pemandu teksi di negara ini. Kebanyakan rungutan berkenaan adalah dakwaan periuk nasi mereka semakin terjejas dengan pengenalan sistem pengangkutan baru ini walaupun pelbagai insiatif diperkenalkan oleh kerajaan dan SPAD bagi membantu mereka.

Sebelum ini, pemandu teksi di Kuching, Sarawak telah mengadakan mogok kerana membantah perkhidmatan Grab dan Uber di negeri berkenaan. Dakwa mereka, pendapatan mereka terjejas sehingga hampir 60 peratus disebabkan pengenalan perkhidmatan ini.

Perkara ini pantas di jawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang memberitahu, kerajaan menerusi SPAD telah memperkenalkan sistem e-Hailing bagi membantu para pemandu teksi mampu terus bertahan dan mampu menambah pendapatan mereka.

Beliau menasihatkan semua pemandu teksi di negeri berkenaan mendaftarkan diri mereka kedalam sistem ini supaya keadaan mereka lebih stabil dan mampu terus bersaing dengan pekhidmatan Grab dan Uber.

Terkini, persatuan-persatuan pengusaha teksi di Langkawi pula diseru supaya melibatkan diri dengan e-Hailing seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan Grab dan Uber. Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri memberitahu, para persatuan pengusaha teksi di pulau berkenaan perlu bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan Grab dan Uber, bukannya melancarkan perang antara satu sama lain.

Katanya, menerusi kerjasama sedemikian, ianya dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada persatuan pengusaha teksi dan penyedia perkhidmatan Grab dan Uber, malah ianya turut melibatkan para pengguna dan pelancong yang saban tahun akan memenuhi pulau pelancongan berkenaan.

Malah, beliau juga turut mempelawa para penyedia perkhidmatan Grab dan Uber untuk menjadi rakan pemandu bagi menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam di pulau berkenaan berada dalam keadaan sistematik. Untuk ini, beliau menyerahkan kepada para persatuan pengusaha teksi dan penyedia perkhidmatan Grab dan Uber untuk berbincang bagi mencari langkah terbaik bagi mencapai hasrat berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, SPAD katanya dalam proses melaksanakan geran sebanyak RM 5,000 kepada mana-mana pemandu teksi Langkawi yang ingin berhijrah kepada perkhidmatan e-Hailing.

Menurutnya, permohonan geran berkenaan seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Bajet 2018 yang lalu, boleh dibuat tidak lama lagi dan akan dilanjutkan ketahun hadapan jika mendapat sambutan yang menggalakkan dari pemandu-pemandu teksi di pulau berkenaan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ov3b5f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.