Hi! Welcome Back and Stay Tune! KU LI YAKIN BN MAMPU BAWA PERANTAU BALIK KELANTAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KU LI YAKIN BN MAMPU BAWA PERANTAU BALIK KELANTAN

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu membawa pulang lebih 500,000 rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain kerana faktor kerja, untuk menabur bakti di negeri itu jika BN diberi mandat mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Tengku Razaleigh berkata beliau yakin BN mampu membangunkan kembali Kelantan merangkumi semua aspek seperti pendidikan, ekonomi dan infrastruktur, sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri lain ketika Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju.

“Sejak lebih 20 tahun lepas rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain kerana PAS tidak mampu membangunkan Kelantan sekali gus gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

“PRU14 ini adalah pertimbangan terbaik untuk rakyat menyokong BN kerana hanya BN sahaja yang mampu memulihkan keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Dewan Orang Ramai di Pos Brooke,  di Gua Musang hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahaya Mamat dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/ Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU14, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian tersebut berkata perkara berkenaan masih dalam pertimbangannya.

Katanya, beliau sudah menjadi ahli Parlimen Gua Musang selama 45 tahun dan tidak pernah tewas pada pilihan raya umum yang ditandinginya.

“PRU14 merupakan penggal ke-12 saya bertanding dan ada beberapa pemimpin BN yang datang jumpa saya minta saya terus bertanding lagi pada kali ini. Saya akan pertimbangkannya,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BMNZIM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.