Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terus Terajui Pasaran Sukuk Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terus Terajui Pasaran Sukuk Dunia




Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penerbitan sukuk dunia pada 2017 dengan terbitan bernilai AS$36.5 bilion (RM142.8 bi­lion) daripada sukuk global. Menurut agensi penarafan terkemuka, RAM Rating Services Bhd. 

(RAM Ra­tings), kedudukan itu kemudiannya diikuti oleh Arab Saudi (AS$31.7 bilion atau RM123.9 bilion), Indonesia (AS$6.9 bilion atau RM27 bilion) dan Qatar (AS$5.6 bi­lion atau RM21.9 bilion). 

“Jumlah terbitan sukuk global pada 2017 turut melepasi unjuran awal kami sebanyak AS$85 billion (RM266.7 bilion) hingga AS$90 billion (RM351.7 bi­lion) apabila meningkat kepada AS$97.3 bilion (RM380.1 bilion) berbanding AS$72.7 bilion (RM284.8 bi­lion) pada 2016.

“Ini didorong oleh lonjakan terbitan sukuk sebanyak 144.5 peratus atau AS$46.6 bilion dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar di sini semalam.

RAM Ratings memaklumkan, pada 2016, Malaysia turut berada di kedudukan teratas arena sukuk global dengan terbitan berjumlah AS$29.9 bilion (RM117 bi­llion).

“Selain itu, sukuk wajaran tinggi terbitan kerajaan yang diterajui DanaInfra Nasional Bhd. (DanaInfra), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan Prasarana Malaysia Bhd. juga terbukti menyokong terbitan sukuk dalam mata wang tempatan pada tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembiayaan Islam RAM Ratings, Ruslena Ramli berkata, terbitan sukuk mata wang tempatan yang berjumlah RM168.7 bilion pada tahun lepas itu melebihi unjuran agensi penarafan berkenaan iaitu sebanyak RM100 bilion hingga RM120 billion.

“Kami menjangkakan terbitan sukuk DanaInfra akan meningkat secara ketara pada tahun ini, dipacu oleh keperluan pembiayaan bagi projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fo1EWq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.