Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafizh Syahrin Kebanggaan Baharu Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafizh Syahrin Kebanggaan Baharu Negara



Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3. Pelumba berasal dari Selangor berusia 23 tahun itu, akan bergandingan dengan bekas juara dunia Moto2 2016 Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan. 

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, menyaksikan pelumba diberi jolokan 'Pescao 55' itu ditawarkan kontrak selama setahun untuk beraksi dalam kelas perdana.

"Hafizh mengejutkan ramai pihak ketika sesi latihan di Litar Chang, Buriram di Thailand pada hujung minggu lalu. Walaupun kali pertama menguji jentera itu, beliau menunjukkan prestasi yang baik, sebab itu berjaya mendapat peluang ini.

"Selepas ini, kita serahkan Hafizh kepada ketua pasukan, Herve Poncharai. Dia akan bimbing dan didik Hafizh supaya menjadi seorang pelumba lebih matang dan baik serta dapat memberi saingan kepada pelumba lain seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo," katanya pada sidang media mengumumkan perkara itu di sini, hari ini.

Pada sesi ujian pramusim ketiga di Buriram selama tiga hari bermula Jumaat lalu, Hafizh berjaya menamatkan ujian tersebut di tempat ke-21 selepas mencatat satu minit 31.537 saat pada litar sepanjang 4.554km itu.

Razlan berkata pencapaian Hafizh itu juga bakal menjadi motivasi kepada pelumba lain dan anak-anak muda untuk terus mencipta kejayaan dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa. "Ini satu perkembangan membanggakan dan beliau membuktikan bahawa jika kita bekerja keras dan berdisiplin, sudah pasti akan dapat peluang.

Ini satu sejarah selepas kita menganjurkan MotoGP lebih 26 tahun dari Litar Batu Tiga (Shah Alam), Pasir Gudang sehingga di SIC. "Dengan penyertaan Hafizh dalam saingan MotoGP, kita sasar lebih 100,000 penonton akan membanjiri SIC pada hari perlumbaan tahun ini. Kita akan pastikan selagi kita menganjurkan MotoGP, kita ada wakil di setiap kategori," katanya.

Untuk rekod, Hafizh yang mula menceburkan diri dalam sukan permotoran seawal umur sembilan tahun, beraksi pada saingan Moto2 selama empat musim sejak 2014 bersama pasukan Petronas Raceline, sebelum mendapat tawaran ke kelas perdana bagi musim 2018.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2opwff7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.