TINDAKAN TERANCANG BN CALAR IMEJ AZMIN
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa menyelar tindakan beberapa pemimpin Umno yang gemar menyebarkan fakta separuh benar dan membangkitkan persoalan salah bagi mengelirukan orang awam berkenaan isu tanah di Ijok.
Menurutnya, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, pemimpin Umno Selangor dan media kawalan BN cuba memberi gambaran negatif terhadap Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Serangan terhadap sebelah pihak saja yang dibuat ketika PRU14 semakin hampir menunjukkan Umno dan BN terdesak,” katanya dalam satu kenyataan,hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mendakwa bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas setiausahanya, Faekah Husin juga turut bersubahat dalam isu berkenaan.
“Saya percaya kedua-duanya mungkin mahu membalas dendam susulan penyingkiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
“Buktinya apabila firma saya, Daim & Gamany didatangi oleh Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara and Alam Utama (peneroka daripada Fasa Dua dan Tiga ‘Projek Tancangan Revolusi Hijau’) mewakili kira-kira 980 peneroka pada lewat 2015 untuk diberi tugas bertindak sebagai wakil undang-undang melindungi kepentingan mereka.
“Tujuannya bagi memastikan janji yang dimungkiri pada tahun 2000 oleh BN dipenuhi,” katanya.
Sivarasa selaku peguam bagi 980 peneroka Projek Rancangan Revolusi Hijau Fasa 2 dan 3, Alam Mutiara dan Alam Utama mengakui, sedikit sebanyak pihaknya tahu perkara yang dilakukan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam isu berkenaan.
“Bahkan klien saya juga telah bercakap dalam sidang media pada Selasa lalu, bersama mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Saya ingin menambah beberapa penerangan daripada aspek perundangan dan penyelesaian keseluruhan bagi menjawab semula salah keterangan yang disebarkan Abdul Rahman, pemimpin BN lain dan proksi mereka,” katanya.
– http://ift.tt/1bq4zcn
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EO4A1B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment