Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banglo Milik Sharifah Aini Akan Dilelong RM8juta? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banglo Milik Sharifah Aini Akan Dilelong RM8juta?

Menerusi laporan Harian Metro, seorang individu mengesahkan sebuah kediaman yang merupakan milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya akan dijual.

“Ya… betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual,” kata individu tersebut berhubung iklan kediaman itu dijual.

Menurutnya, rumah itu mahu dijual oleh anak Allahyarham Aliff Omar Ali berikutan begitu besar buat mereka sekeluarga.

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.

Laporan menyebut, rumah berkenaan masih dihuni dan tiada sebarang papan tanda atau kain rentang yang tertulis untuk dijual.

Cubaan bertemu Aliff gagal kerana menurut individu berkenaan, dia hanya akan memberi kerjasama kepada mereka yang ingin berurusan mengenai rumah berkenaan.

“Maaf ya, kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat, tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama,” katanya.

Terdahulu, banglo mewah di Petaling Jaya itu diiklankan mahu dijual pada harga RM8 juta di laman sosial Facebook.

Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo berkenaan adalah kepunyaan seorang penyanyi popular.

Dalam pada itu, bekas suami Allahyarham Ali Bakar berkata, dia tidak tahu menahu mengenai penjualan banglo terbabit.

“Saya sudah lama tidak ada hubungan dengan arwah, rasanya tidak manis jika saya terlalu banyak memberi komen.

“Lagipun soal penjualan rumah (banglo) ini adalah perkara yang peribadi,” katanya.

Katanya, Aliff juga tidak ada bercakap mengenai penjualan banglo itu, dan dia tidak mahu mengulas lanjut.

The post Banglo Milik Sharifah Aini Akan Dilelong RM8juta? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BsQv6Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.