Hi! Welcome Back and Stay Tune! Populariti Antara Sebab Juri Pilih ‘Jampi’ Menang AJL32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Populariti Antara Sebab Juri Pilih ‘Jampi’ Menang AJL32

KETUA juri Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32), Azmeer berkata, antara faktor kemenangan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dalam pertandingan itu kerana populariti karya berkenaan pada ketika ini.

Azmeer berkata kesemua 10 juri yang mengadili karya berkenaan bersetuju dan sepakat memilih lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu tanpa pertikaian untuk memenangi AJL32.

“Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu Jampi sebagai juara dan juga lagu-lagu lain.

“Lagu Jampi itu boleh pergi ke semua tempat. Bukan dari sudut permarkahan kualiti lagu tetapi Jampi sudah menakluti pelusuk negara termasuk negara jiran.

“Sedikit sebanyak markah dari segi populariti lagu tersebut juga memberi impak selain melodi dan susunan lagu yang cantik serta menyampaian yang bagus,” ujarnya.

Selain Azmeer, barisan juri dibarisi oleh Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Dalam pada itu Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 31, mengakui dia bukan seorang penyanyi yang hebat namun berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.

“Lagu Jampi ini pada mulanya saya hanya anggap sebagai pengenalan diri dalam dunia muzik tanah air. Tidak terbayang untuk masuk bertanding dalam pentas yang besar.

“Alhamdulillah, lagu itu sampai ke tahap ini. Memang diakui saya bukan seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang bagus dan bukan juga penyanyi yang hebat.

“Tapi saya sentiasa mahu memperbaiki diri dari masa ke masa untuk menjadi yang lebih baik,” kata Hael.

Hael dan komposer lagu itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib juara AJL32 pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Tempat kedua itu melayakkan pemenangnya menerima hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga.

Manakala penyanyi Ernie Zakri dan Syamel merangkul anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu duet mereka, Aku Cinta.

Lagu nyanyian Altimet iaitu Amboi  mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Malam kemuncak AJL32 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad

The post Populariti Antara Sebab Juri Pilih ‘Jampi’ Menang AJL32 appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BtYUaj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.