Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenazah Nur Afini selamat dikebumikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenazah Nur Afini selamat dikebumikan

GEMAS: Suasana sayu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian remaja Nur Afini Roslan, 14 tahun yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan pagi Selasa.

Jenazah remaja perempuan itu selamat dikebumikan sekitar 10.20 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah, kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.

Jenazah sebelum itu dibawa dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada jam 5.45 petang, selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah Nur Afini kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 9.30 malam.

Upacara pengebumian remaja malang yang diiringi hujan renyai itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi Selasa, arwah Nur Afini, meninggal dunia di tempat kejadian di SMK Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesin yang melayang itu terkena kepalanya sebelum terbelah dua.

Remaja itu dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu ketika kejadian, sempena hari sukan sekolah yang dijadual berlangsung esok.

Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 tahun dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 tahun dan susulan insiden berkenaan, hari sukan sekolah pada esok turut dibatalkan.



Sumber Jenazah Nur Afini selamat dikebumikan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stnHrV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.