Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Kalau Naik Pentas, Jamah Buku Lima" - Respon Altimet Tentang Cubaan Ceroboh Iqram Dinzly Di AJL32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Kalau Naik Pentas, Jamah Buku Lima" - Respon Altimet Tentang Cubaan Ceroboh Iqram Dinzly Di AJL32

 
Ini sedikit update tentang perkara yang ramai tak tahu ketika di Anugerah Juara Lagu kali ke 32 Ahad yang lalu.

Penyanyi rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon yang sedang viral iaitu Iqram Dinzly yang dilihat telah membuatnya agak marah pada Ahad lalu.

Altimet yang membuat persembahan lagu Amboi memberi kenyataan tentang perkara berkenaan di laman media sosial miliknya.

Penyanyi ini secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram Dinzly daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

Ini komen Alitimet:

"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari 'kecederaan'."

"Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit."

Inilah luahan rasa dari Altimet di Twitter.



Pada acara itu, lagu Amboi persembahan Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Sememangnya Altimet mencuri perhatian ramai dengan persembahan mantap ketika menyampaikan lagu Amboi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram Dinzly turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

Ini komen Altimet lagi:

"Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku 'chow'. Tak nak keruhkan keadaan,"

Difahamkan tindakan Iqram Dinzly itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Tempat kedua dimenangi oleh lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker dan tempat ketiga dimenangi oleh Haqiem Rusly menerusi lagu Tergantung Sepi.~ Berita Memey

Sumber: Laman Media Altimet / mStar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F1G0XX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.