Bayi 4 bulan bermalam di lokap selepas ibu ditahan hisap dadah
Wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama bayi lelakinya yang masih menyusun badan di sebuah hotel bajet di Chow Kit awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki berusia 4 bulan yang masih menyusu badan menjadi mangsa apabila turut terpaksa bermalam di lokap.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit pada 2.30 pagi tadi, antara 112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara sejak Khamis lalu.
Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau berkata, 3 lagi rakan wanita yang berada dalam bilik sama turut ditahan dan disahkan positif Methamphetamine.
Halim berkata, wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin.
Dalam operasi itu, Halim berkata, pihaknya menyasarkan 10 kawasan tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti di perumahan awam dan hotel bajet.
Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam antara faktor penagih memilih hotel bajet sebagai “port” untuk memuaskan ketagihan mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BOQ4EP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment