Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tipu pelaburan forex, tiga Datuk ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tipu pelaburan forex, tiga Datuk ditahan

Foto Utusan
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Polis menahan tiga lelaki bergelar Datuk dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex atau dikenali sebagai Fx United yang membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam empat serbuan serentak di sekitar ibu negara, Ahad lalu.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas beberapa barangan mewah iaitu 13 kereta pelbagai jenis, tiga buah motosikal, 10 ketul emas dan pelbagai jam serta beg tangan berjenama.

“Sebanyak 116 laporan polis diterima dan kita telah membuka 30 kertas siasatan. Bagaimanapun, kita jangka lebih 70,000 individu telah menjadi mangsa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o60irk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.