Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya

GEMAS: "Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya," luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Roslan, dia sekeluarga reda dengan tragedi berkenaan walaupun dia berasa berat hati dan sayangkan anaknya.

"Saya reda... saya nak meraung pun perkara dah berlaku... saya serahkan semuanya pada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Roslan berkata, selepas bersara dia terlebih dahulu berpindah ke Felda Sungai Kelamah bersama dua anaknya termasuk arwah.

Menurutnya, arwah anaknya merupakan atlet memanah negeri Pahang sejak dari darjah empat hingga ke tingkatan satu.

"Baru minggu lepas saya minta anak saya daftarkan diri sebagai atlet memanah Negeri Sembilan tapi sekarang ni dia sedang aktif menjalani latihan sukan sekolah.

Jenazah selamat tiba di Felda Sungai Kelamah kira-kira jam 8.35 malam dan disembahyangkan di rumah keluarga.

Majlis pengebumian arwah selesai kira-kira jam 10.15 malam.

Turut hadir di majlis pengebumian Adun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said dan datuk saudara mangsa raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.



Sumber Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVkjKl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.