Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekerja Tidak Formal Juga Patut Dilibatkan Dalam NUA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekerja Tidak Formal Juga Patut Dilibatkan Dalam NUA

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan dan penggubal dasar di setiap negara perlu bekerjasama dengan organisasi pekerja tidak formal bagi melaksanakan Agenda Baharu Bandar (NUA) dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 2030.

Pengarah Urban Justice Centre, New York Sean Basinski berkata penyertaan pekerja tidak formal penting dalam pelaksanaan NUA kerana majoriti pekerja di dunia, yang bekerja secara tidak formal, boleh menyumbang kepada kewujudan bandar raya yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

“Pekerja tidak formal seperti penjaja jalanan perlu diberi nasihat sewajarnya serta ruang di tempat awam kerana mereka juga mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kenal pasti aktiviti ekonomi pekerja tidak formal dan masukkan mereka juga ke dalam proses perancangan bandar,” katanya kepada Bernama selepas berucap pada acara perangkaian perhimpunan belia bersempena Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Songkhla City, Thailand, Pairoth Suwanchindra berkata perluasan peluang kepada buruh tidak formal dalam pelbagai bidang adalah diperlukan kerana mereka secara tidak langsung mewujudkan kekuatan kemasyarakatan, ekonomi dan kekebalan sosial.

“Songkhla mempunyai 94,598 penduduk, termasuk 26,967 isi rumah dan 455,248 pekerja tidak formal. Kami telah memberi pelbagai peluang kepada mereka,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas, Malaysia mengumumkan NUAnya, yang bertujuan menerajui negara ini ke arah mencapai pembandaran lestari dan pembangunan, di samping menjadi garis panduan untuk mencapai SDGs, yang merupakan seruan universal agar tindakan diambil bagi membasmi kemiskinan, melindungi planet ini serta memastikan semua orang dapat menikmati keamanan dan kemakmuran.

NUA, yang diperkenalkan pada Oktober 2016 semasa Persidangan United Nations Habitat III di Quito, Ecuador, kini diterima pakai 170 negara.

WUF9 selama seminggu, yang bermula pada 7 Feb, membariskan lebih 500 acara, termasuk perhimpunan, rundingan meja bulat peringkat tinggi dan sesi khas. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EIb4yo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.