Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ditanya Tentang Video Peluk Lelaki, Dyana Sofya Jawab Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ditanya Tentang Video Peluk Lelaki, Dyana Sofya Jawab Lain





Ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tidak menjawab soalan berhubung sebuah video kontroversi berpeluk dengan seorang lelaki dikatakan mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Bekas calon DAP semasa pilihan raya kecil Teluk Intan itu semasa wawancara “Anda Tanya Mereka Jawab” hari ini anjuran Sinar Harian disoal oleh moderator berhubung video tersebut, sebaliknya Dyana Sofya memberikan jawapan yang sama sekali tidak berkaitan dengan soalan diajukan.

“Pada saya, masyarakat memang suka memangsakan wanita, terus terang sebelum saya berhenti merokok, ada gambar saya merokok, viral merata-rata gambar Dyana hisap rokok, tapi apabila Datuk Seri Rahman Dahlan upload sendiri gambar cigar kenapa tidak dikecam dan dihakimi seteruk saya,” kata beliau semasa menjawab soalan diajukan.

Soalan yang diajukan oleh moderator forum adalah: “Lama dahulu, Dyana terpalit juga nama dikatakan dalam satu video dilihat seorang figura sebagai Dyana beraksi dengan seorang figura lelaki, jadi isu-isu ini satu cabaran kepada seorang wanita. Jadi, bagaimana Dyana berdepan isu ini?”.

Dalam salah satu gambar yang viral April tahun lalu, seorang wanita dilihat melentokkan kepalanya di bahu seorang lelaki sambil lelaki berkenaan merangkul lehernya.

Foto lain menunjukkan mereka dalam ‘kedudukan bercium’.

Ini bukanlah kali pertama gambar-gambar yang mirip wajah kedua-dua mereka muncul.

Selain itu, muncul juga dua klip video menunjukkan seorang lelaki sedang memeluk seorang wanita berambut panjang di sebuah lokasi yang kelihatan seperti sebuah kelab malam.

Klip pertama memaparkan seorang lelaki menyerupai wajah Zairil, menari sambil berpelukan dengan seorang wanita.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila atau di mana rakaman itu dibuat.

Pada Oktober 2014, Zairil menjadi tajuk berita apabila gambar seorang lelaki, sekali lagi menyerupai wajahnya bersama seorang wanita menjadi viral.

Wanita itu dikatakan menyerupai Dyana Sofya. Pada masa itu, beliau merupakan calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan. – MalaysisGazette



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cg1vpl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.