Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Dalang Utama, Halang Wan Azizah Jadi Menteri Besar Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Dalang Utama, Halang Wan Azizah Jadi Menteri Besar Selangor






Ada maklumat dari sumber tertentu bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama konspirasi menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata pada awal-awal krisis Menteri Besar Selangor, sudah dapat dihidu bahawa dalang utama untuk menjatuhkan Abdul Khalid ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga diketahui sebagai anak angkat Mahathir.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, pembubaran PKR Cabang Kuala Selangor, adalah sebahagian daripada perancangan Azmin yang mahu jatuhkan Abdul Khalid kerana beliau dianggap pencabar terkuat Azmin dalam parti PKR.

Pada saat itu, Mahathir menunjukkan bahawa beliau masih anti kepada bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim apabila cuba melobi supaya Azmin jadi Menteri Besar ganti Abdul Khalid dan bukan Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dirancangkan oleh pembangkang.

"Mahathir tahu bahawa pihak Istana akan tidak memperkenankan supaya Dr Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar, dan maklumat menunjukkan bahawa beliau melobi Azmin untuk Azmin pergi menghadap pihak Istana dan cuba dilantik sebagai Menteri Besar.

"Ketika itu, nama calon Menteri Besar seakan-akan dirahsiakan dan tiba-tiba di saat akhir, Azmin yang dilantik dan bukan Dr Wan Azizah," kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Beliau berkata isu lain yang menjadi sebab Abdul Khalid dijatuhkan ialah skandal tanah di Ijok yang melibatkan transaksi dan penyerahan kembali tanah di Ijok oleh Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa mencurigakan. Ia jadi masalah apabila tanah seluas 880 hektar itu diserahkan kembali kepada dua syarikat pemaju perumahan yang bermasalah.

Abdul Khalid baru-baru ini, menuntut pihak berkuasa siasat dalang yang memulangkan tanah di Ijok yang dirampas Kerajaan Negeri Selangor daripada pemaju perumahan pada 2009 sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Ramesh mendedahkan orang kanan Mahathir Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ada kaitan dengan isu ini tetapi marah apabila namanya disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan mengancam mahu menyamannya.

"Sampai sekarang Khairuddin ini tidak saman pun, Abdul Rahman Dahlam, isu ini pun jadi senjata Mahathir untuk jatuhkan Khalid untuk tempatkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor," kata Ramesh.

Beliau berkata ada perbuatan yang menguntungkan kroni kerana syarikat pemaju berkenaan sudah diketahui bermasalah.

"Kalau hal-hal berkaitan kroni ini kerja siapa, biasanya kita tahu ia adalah kerja, bekas Perdana Menteri itulah.

"Beliau tahu, beliau tidak mahu Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar, jadi Mahathir gunakan Azmin untuk menghalang Dr Wan Azizah daripada menjadi Menteri Besar supaya Azmin jadi proksi beliau, bukan Dr Wan Azizah jadi proksi kepada Anwar," kata Ramesh.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cgs3XH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.