Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan



Seorang guru meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Song hari ini. Mangsa, Dennis Stephen Kale, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Song. 

Siasatan awal polis mendapati mangsa membonceng skuter dari arah pekan Song ke Jalan Takan sebelum terlanggar bahagian depan sebelah kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari arah Kapit ke Sibu di simpang empat berdekatan Jambatan Katibas pada 10.40 pagi kelmarin.

"Pemandu Hilux dipercayai gagal berhenti di simpang menyebabkan motosikal mangsa dari arah Pekan Song (sebelah kanan) terlanggar kenderaan berkenaan di sebelah kanan," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Alexson Naga Chabu. 

Pemandu Toyota Hilux itu serta seorang penumpang wanita berusia 21 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Alexson, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian rusuk dan dada dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.05 tengah hari.

Abang mangsa, Edward Subeng Stephen ketika dihubungi memberitahu adiknya yang mempunyai sejarah penyakit jantung mengalami serangan jantung ketika menerima rawatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Alexson.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FslFLK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.