Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Terlalu Pentingkan Diri Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Terlalu Pentingkan Diri Sendiri


Setiap kali tiba musim perayaan, antara agensi yang sibuk bagi memastikan keselamatan para pengguna pengangkutan awam darat adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).

Agensi ini pastinya kan menghantar pasukan khas untuk menjalankan operasi bagi memeriksa bas-bas ekspres dan pengangkutan awam darat yang lain bagi memastikan kesemua pengangkutan awam ini mengikut peraturan yang ditetapkan.

Namun begitu, masih ada segelintir pemandu bas ekspres sengaja melenggah-lenggahkan masa hanya untuk mengelak bas mereka di periksa. Sebagai contoh, lebih 300 pengguna bas ekspres terkandas selama beberapa jam pada 15 Februari lalu apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta seperti dijadualkan.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada sikap segelintir pemandu bas yang cuba mengelak daripada di periksa oleh penguatkuasa SPAD kerana mungkin tidak memiliki Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain.

Seandainya sikap sebegini masih kekal diamalkan oleh segelintir pemandu, apa yang dikhuatiri, ada kemungkinan keadaan bas itu sendiri boleh membahayakan nyawa penumpang. Paling merisaukan adalah, mereka ini tidak memiliki Lesen Perubahan Sementara yang mana ianya boleh mengakibatkan para penumpang tidak dilindungi sepenuhnya.

Apa yang diharapkan oleh SPAD sepanjang perlaksanaan Ops Serkap yang akan berakhir pada 25 Februari ini, para pemandu dan pengendali bas ekspres tidak perlu gentar untuk berhadapan dengan pemeriksaan pasukan penguatkuasa SPAD jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Mereka harus sedar, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka. Tidak perlu terlalu mementingkan diri dan hanya mengejar keuntungan sedangkan nyawa dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka berada dalam keeadaan bahaya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EMdit9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.