Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau diri kita nak berubah, kenapa dijual dan hadiahkan baju yang bawa dosa tu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau diri kita nak berubah, kenapa dijual dan hadiahkan baju yang bawa dosa tu?

Shima jual baju seksi
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bh.com.my
Rabu, 21 Februari 2018 | 9:51am
IMEJ terbaharu Shima sekembalinya daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci. Shima bertekad terus berhijab pada usia 49 tahun. - Foto Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 49, menjual dan menghadiahkan semua baju seksi dalam koleksinya, selepas berhijrah.

Bertekad berubah sebaik menjejakkan kaki ke Tanah Suci mengerjakan umrah, akhir bulan lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin dan Luka Dilukai itu merasakan tiada gunanya lagi menyimpan semua baju seksi itu.

"Saya menyanyi sejak berusia 19 tahun, jadi terlalu banyak baju seksi terutama ketika menyanyi di kelab malam yang masih disimpan.

"Bagaimanapun, buat apa saya menyimpan baju itu, sedangkan saya sudah berubah imej bertudung. Selain memenuhi ruang almari, ia pun tidak muat untuk dipakai lagi.

"Jadi, lebih baik saya jual dan hadiahkan kepada teman-teman yang memerlukan. Saya mula menjual baju ini ketika mengikuti program Umrah Bersama Penggiat Seni di Tanah Suci lagi.

"Alhamdulillah, ramai yang mahu membelinya kerana saya jual murah," katanya kepada BH Online.

Shima yang memiliki sembilan album itu berkata, almarinya dikosongkan beberapa hari selepas pulang ke tanah air.

"Bukannya mahu membuang kenangan baju itu, tetapi biarlah memori itu tersemat dalam hati saja. Saya percaya ramai penyanyi baharu yang memerlukan baju, tetapi tidak mampu membeli baju yang mahal harganya.

"Saya akui, baju yang dijual antaranya jenama pereka fesyen yang diketahui mahal, tetapi saya sudah tidak mahu menggunakannya lagi.

"Daripada baju itu buruk dan hanya tersangkut dalam almari, lebih baik saya jual dan sedekah... Semoga ada pahala untuk saya," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Shima buat pertama kali mengadakan persembahan selepas berhijrah melalui program Memori Indah Bersama Shima Teringin dan Kumpulan Eva Bulan Cinta di Restoran Rebung, di sini, pada jam 9 malam, Jumaat ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GC66jU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.